Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penggunaan aplikasi VSP bantu kurangkan jenayah musim perayaan – PDRM
  • NASIONAL

Penggunaan aplikasi VSP bantu kurangkan jenayah musim perayaan – PDRM

Utusan Sarawak 4 hours ago
OPS Selamat 26 catat penurunan kes jenayah, aplikasi VSP terus beri impak positif.

KUALA LUMPUR:  Penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sepanjang Ops Selamat 26 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan perkembangan positif dalam membantu mengurangkan indeks jenayah semasa musim perayaan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata indeks jenayah menurun sebanyak 111 kes, iaitu daripada 858 kes pada Ops Selamat 24 (29 Mac hingga 3 April 2025) kepada 747 kes pada Ops Selamat 26 (19 hingga 24 Mac 2026).

Beliau berkata pelaksanaan Ops Selamat 26 mencerminkan peningkatan kolaborasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat melalui penggunaan aplikasi VSP serta pelaksanaan strategi pencegahan jenayah yang lebih tersusun dan berfokus pada musim perayaan.

Mohd Yusri berkata dalam tempoh sama, penggunaan modul aduan melalui VSP meningkat daripada 80 kes kepada 150 kes.

“Modul pemakluman balik kampung turut mencatat lonjakan daripada 8,036 kepada 16,889, manakala penggunaan butang kecemasan (panic button) meningkat daripada lima kepada tujuh kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata sepanjang Ops Selamat 26, sebanyak 61,122 rumah yang ditinggalkan telah dilawati, manakala 31,636 rondaan Unit Kereta Peronda (MPV) dilaksanakan.

“Perkembangan positif dalam indeks jenayah membantu rondaan MPV, dan lawatan ke rumah yang ditinggalkan secara lebih komprehensif,” katanya.

Beliau berkata hingga Isnin lepas jumlah keahlian aplikasi VSP  mencecah sebanyak 1,705,852 orang, mencerminkan tahap kesedaran dan komitmen masyarakat yang semakin tinggi dalam usaha pencegahan jenayah bersama PDRM.- Bernama

Continue Reading

Previous: Larangan mutlak import sisa elektronik berkuat kuasa hari ini – JKDM
Next: Petronas berusaha percepat suntikan pertama CO2 di Kasawari kepada 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.