Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pengguna jalan raya perlu utamakan keselamatan sepanjang musim perayaan
  • Utara
  • WILAYAH

Pengguna jalan raya perlu utamakan keselamatan sepanjang musim perayaan

Utusan Sarawak 3 hours ago
SUMBANGAN… Johnny Pang Leong Ming menyerahkan sumbangan kepada kakitangan KKM di Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu.

BINTULU: Pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga sepanjang musim perayaan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, peningkatan pergerakan orang ramai dan jumlah kenderaan di jalan raya memerlukan tahap tanggungjawab yang lebih tinggi dalam kalangan pemandu.

Menurut beliau, aspek keselamatan perlu diberi perhatian serius termasuk mematuhi had kelajuan, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta mengelakkan pemanduan ketika keletihan.

Selain itu, katanya, pemandu juga perlu menjauhkan diri daripada pengambilan alkohol sebelum memandu bagi mengelakkan risiko kemalangan.

“Setiap perjalanan perlu dilakukan dengan penuh berhemah kerana keluarga menunggu kepulangan kita dalam keadaan selamat,” katanya.

RAKAM KENANGAN… Johnny Pang Leong Ming merakam gambar kenangan bersama petugas KKM pada majlis penyerahan sumbangan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) di Bintulu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan simbolik penyerahan limau mandarin dan kurma sempena Tahun Baharu Cina (TBC) serta Ramadan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) di Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Johnny Pang turut merakamkan penghargaan kepada petugas KKM yang terus komited memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Katanya, sumbangan yang diberikan merupakan simbol sokongan moral kepada barisan hadapan yang sentiasa bertungkus-lumus menjaga kesejahteraan rakyat.

“Pengorbanan mereka amat besar dan wajar dihargai oleh semua pihak,” ujarnya.

Tambah beliau, program seumpama itu juga mengeratkan hubungan antara pemimpin, agensi kerajaan dan masyarakat setempat, khususnya ketika musim perayaan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rosey Yunus sampaikan angpau kepada 500 warga emas di Batu Niah, Sepupok dan Bekenu
Next: 96 keluarga di Bekenu terima bakul makanan sempena Tahun Baharu Cina 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.