Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penggubalan RUU pada sidang DUN kali ini bersifat menyeluruh
  • SEMASA

Penggubalan RUU pada sidang DUN kali ini bersifat menyeluruh

Utusan Sarawak 3 days ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang ketika berucap dalam Majlis Malam Penghargaan Backbenchers Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berlangsung di Dewan Santapan DUN Sarawak, di sini, malam tadi. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) oleh kerajaan Sarawak semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kali ini dibuat bagi memberi manfaat secara menyeluruh, bukan memberi kelebihan kepada satu pihak sahaja.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg berkata, RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025 antaranya akan memastikan RUU berkenaan lebih tersusun dari sudut pemberian amanah tanah.

“Ini tidak semestinya berasaskan agama tetapi hanyalah sistem pentadbiran supaya mereka dapat mendaftar tanah mereka dan sekarang kita sudah banyak menggunakan transaksi berasaskan dokumen digital.

“Maka undang-undang kita kali ini membolehkan kita menggunakan teknologi digital untuk kita menguruskan pentadbiran mengenai tanah khususnya pihak konsultan yang telah diberi kerja-kerja ini termasuk Jabatan Tanah dan Survei,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Penghargaan Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Santapan Kompleks DUN di sini, malam tadi.

Berhubung dengan RUU Pusat Biodiversiti Sarawak (Pindaan) 2025, Abang Johari menjelaskan perkara ini membolehkan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) menggunakan hasil kajian mereka untuk tujuan komersial.

“Seumpamanya sekarang ini, mereka sedang membuat penyelidikan ke atas algae dan penyelidikan ini boleh dikomersialkan.

“Sekiranya kita tidak mempunyai peruntukan dalam undang-undang, ini sekali gus tidak membolehkan SBC mengambil bahagian dalam perusahaan komersial.

“Kemungkinan hasil kajian kita tidak mempunyai nilai, malah pihak lain kemungkinan yang mendapatkannya,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada DUN Sarawak kerana telah meluluskan RUU berkenaan yang mana menurut beliau amat penting untuk pembangunan wilayah ini.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Speaker DUN, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, Timbalan-Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Malam Penghargaan Penyokong GPS Mohamad Duri. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sultan Hassanal Bolkiah dalam keadaan sihat sejahtera
Next: Sultan Ibrahim  bakal lakukan lawatan pertama ke Rusia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.