Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penggubalan PDA 1974, jelas menunjukkan Kerajaan Pusat tidak punyai kuasa asal ke atas petroleum
  • SEMASA

Penggubalan PDA 1974, jelas menunjukkan Kerajaan Pusat tidak punyai kuasa asal ke atas petroleum

Utusan Sarawak 4 hours ago
Naib Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Baru Bian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

KUCHING: Sarawak tidak pernah melepaskan bidang kuasa asalnya ke atas sumber minyak dan gas, dan ketiadaan peruntukan khusus mengenai perkara itu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak boleh ditafsir sebagai penyerahan hak.

Naib Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Baru Bian berkata dakwaan bahawa MA63 tidak mengandungi sebarang peruntukan berkaitan pemilikan dan kawal selia minyak dan gas merupakan tafsiran sempit yang mengabaikan konteks perlembagaan dan sejarah pembentukan Malaysia.

Mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, Baru menegaskan bahawa ketiadaan peruntukan jelas dalam MA63 tidak bermaksud Sarawak telah menggugurkan haknya ke atas sumber petroleum.

Menurutnya, sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, Sarawak merupakan sebuah wilayah tadbir sendiri dengan bidang kuasa jelas ke atas tanah dan sumber asli, termasuk petroleum yang dikawal melalui undang-undang negeri yang berkuat kuasa ketika itu.

“Tiada sebarang penyerahan atau pemindahan kuasa berkaitan pemilikan dan kawal selia minyak dan gas kepada Kerajaan Persekutuan dinyatakan dalam MA63 atau dokumen berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan bahawa berdasarkan prinsip perlembagaan, sebarang kuasa yang tidak diserahkan secara nyata kekal berada di tangan pihak asal.

Baru berkata MA63 perlu dibaca bersama laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang menjadi asas kepada perjanjian tersebut, yang memperuntukkan pengekalan kuasa negeri-negeri Borneo terhadap tanah dan sumber asli masing-masing.

“Minyak dan gas yang berada di bawah tanah dan perairan wilayah termasuk dalam skop ini, kecuali jika dipindahkan secara jelas — dan perkara itu tidak pernah berlaku,” katanya yang juga seorang peguam.

Menurut beliau, penggubalan Akta Perlombongan Petroleum (PDA) 1974 (PDA 74) turut menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa asal ke atas petroleum.

“Jika bidang kuasa itu telah wujud sejak awal, tidak timbul keperluan untuk Parlimen menggubal undang-undang bagi memindahkan pemilikan petroleum kepada sebuah syarikat nasional,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pendirian Sarawak berhubung isu minyak dan gas bukan bertujuan mencetuskan pertikaian politik atau menggugat perpaduan negara, sebaliknya bagi memastikan jaminan perlembagaan ketika pembentukan Malaysia terus dihormati.

“Kesunyian MA63 tidak boleh disamakan dengan penyerahan hak,” katanya.

Tambah beliau, kedudukan Sarawak berasaskan undang-undang, sejarah dan prinsip perlembagaan, dan wajar diberi pertimbangan serius dalam semangat MA63 serta federalisme yang matang.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tafsiran sempit MA63 abaikan hak Sarawak ke atas minyak dan gas – Kelvin Yii

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.