Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Pengesanan awal kanser usus penting, boleh selamatkan nyawa – Dr Simon
  • KESIHATAN

Pengesanan awal kanser usus penting, boleh selamatkan nyawa – Dr Simon

Utusan Sarawak 9 hours ago

TEBEDU: Pengesanan awal penyakit kanser usus mampu menyelamatkan nyawa serta mengurangkan risiko komplikasi serius, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada.

Menurutnya, saringan awal dalam kalangan lelaki dan wanita sangat penting kerana kanser usus boleh dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal, berbeza dengan kes yang hanya dikenal pasti pada tahap tiga atau empat, yang membawa risiko lebih tinggi.

“Statistik Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan bahawa kanser usus merupakan antara lima jenis kanser tertinggi di negara ini, selain kanser payudara, serviks dan paru-paru, yang kebanyakannya menyerang wanita.

“Namun begitu, kesemua penyakit ini boleh dirawat jika dikesan awal menerusi saringan berkala seperti yang dijalankan dalam program kesedaran ini,” katanya semasa merasmikan Hari Kesedaran Kanser Kolorektal di Kampung Pichin, semalam.

Dr Simon menambah, saringan awal membolehkan individu mengetahui status kesihatan mereka lebih awal, sebelum gejala-gejala serius muncul, lazimnya apabila penyakit telah berada di tahap tiga atau empat.

Beliau turut menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat secara menyeluruh, termasuk pengambilan pemakanan seimbang dan melakukan aktiviti fizikal secara konsisten, sebagai langkah pencegahan tambahan terhadap penyakit berbahaya seperti kanser.

Program kesedaran tersebut turut diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran pendidikan mengenai kanser kolorektal oleh pasukan Pembedahan Kolorektal dan Stoma, saringan kesihatan, pertandingan mewarna, aktiviti permainan, penerangan tentang peralatan pembedahan, pendidikan kesihatan usus, pendidikan stoma serta Kempen Blue Ribbon.

Dr Simon berharap agar program seumpama ini dapat diperluaskan ke kawasan lain dan melibatkan lebih ramai penduduk kampung, supaya kesedaran mengenai kanser dapat disebarkan secara menyeluruh dan berterusan.

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Klinik Bintangor beralih ke sistem digital, ADUN gesa tindakan segera SMA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.