Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pengerusi PN Sarawak letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2026 
  • TEMPATAN

Pengerusi PN Sarawak letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2026 

Utusan Sarawak 3 hours ago
 JAZIRI Alkaf Abdillah Suffian mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN Sarawak berkuat kuasa 1 Januari 2026. Foto: Jaziri Alkaf

KUCHING: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sarawak, Jaziri Alkaf Abdillah Suffian mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 1 Januari 2026 susulan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional di peringkat nasional.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Jaziri berkata beliau mengambil maklum keputusan Tan Sri Muhyiddin dan menzahirkan penghormatan terhadap kepimpinan tertinggi gabungan itu yang telah melantiknya memegang jawatan berkenaan di Sarawak.

“Oleh yang sedemikian, sebagai menghormati jawatan saya yang dilantik oleh Pengerusi Perikatan Nasional, saya dengan ini memaklumkan peletakan jawatan saya selaku Pengerusi Perikatan Nasional Sarawak berkuat kuasa 1 Januari 2026,” katanya.

Beliau menegaskan keputusan tersebut dibuat selaras dengan prinsip akauntabiliti dan penghormatan terhadap struktur kepimpinan parti, selain memastikan kelangsungan hala tuju Perikatan Nasional Sarawak dapat diteruskan secara teratur.

Dalam kenyataan sama, Jaziri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan Perikatan Nasional Sarawak atas sokongan serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh beliau menerajui gabungan itu di peringkat negeri.

Menurutnya, sokongan padu daripada rakan-rakan kepimpinan telah banyak membantu memperkukuh gerak kerja dan pendirian Perikatan Nasional Sarawak dalam landskap politik negeri.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Penganalisis ekonomi Madeline Berma meninggal dunia 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.