Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pengerusi persatuan didakwa guna gelaran ‘Datuk Seri’ tidak diiktiraf
  • JENAYAH

Pengerusi persatuan didakwa guna gelaran ‘Datuk Seri’ tidak diiktiraf

Utusan Sarawak 1 year ago
PENGERUSI sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Saiful Sharma Abdullah, 52, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf kepadanya. Majistret S. Punitha membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari 2024 untuk serahan dokumen. FotoBERNAMA

IPOH: Seorang pengerusi sebuah persatuan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ yang tidak diiktiraf.

Saiful Sharma Abdullah, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menggunakan dan menikmati gelaran berkenaan pada surat ketika memohon kelulusan untuk menganjurkan Majlis Ulang Tahun Ke-9 Persatuan Pasukan Keselamatan Rakyat Setia Berjasa Sukarela Negeri Perak

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada 31 Oktober lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 (2) Akta Kesalahan Yang Berhubung Dengan Anugerah 2017 (Akta 787) dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirah Nabihan Shahrir manakala tertuduh diwakili peguam Teeban Kumar.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mengikut fakta kes, pengerusi persatuan itu disyaki menyalahguna Jata Persekutuan dan menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ yang diragui ketika polis meneliti surat permohonan berkenaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: 31 pegawai, anggota polis dibuang kerja
Next: Mahasiswa maut terjatuh dari tingkat 34 kondominium

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.