Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pengerusi MPP iringi 19 pelajar ke China
  • TEMPATAN

Pengerusi MPP iringi 19 pelajar ke China

Utusan Sarawak 2 years ago

PENGHARGAAN... Lo Khere Chiang menyerahkan cenderamata kepada Pengetua Haikou University of Economics, Chen Xiao di Kuching, semalam.

KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang akan mengiringi 19 pelajar tempatan pada Disember nanti bagi melapor diri ke Haikou University of Economics.

Haikou University of Economics adalah satu daripada dua universiti di China yang mempunyai memorandum persefahaman dengan MPP bagi menyediakan biasiswa penuh kepada 12 pelajar cemerlang dari sini.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha MPP Ir Daniel Goh, Kaunselor Amy Tnay, Kaunselor Jong Tian Kiong dan Kaunselor Yeo Eng Kuang.

Pada masa sama, pengetua university tersebut, Chen Xiao turut mengalu-alukan kedatangan rombongan berkenaan dan memberitahu, para pelajar dapat kembali ke kuliah secara fizikal selepas perubahan polisi pencegahan pandemik Covid-19 di China.

Rombongan ini juga akan diperkenalkan dengan sejarah universiti ketika lawatan itu nanti sekali gus mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua negara menerusi pertukaran pendidikan.

Continue Reading

Previous: Saddamiah lahirkan anak ketiga di Semenggoh
Next: Tabung Baitulmal Sarawak agih RM13.02 juta kepada asnaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.