Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pengerusi LPKP Sarawak naik bas Q12, kumpul maklum balas pengguna
  • Selatan
  • WILAYAH

Pengerusi LPKP Sarawak naik bas Q12, kumpul maklum balas pengguna

Utusan Sarawak 6 hours ago
MICHAEL Kong Feng Nian turun padang menaiki bas Q12 bagi menilai sendiri kualiti perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan.

KUCHING: Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak Michael Kong Feng Nian baru-baru ini menaiki laluan bas Q12 dari Saujana ke Hui Sing bagi memahami pengalaman penumpang serta mendapatkan maklum balas orang ramai.

Beliau berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini.

“Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam, saya telah menaiki laluan Q12 Saujana ke Hui Sing bagi merasai sendiri perjalanan dari perspektif penumpang. Saya menaiki bas dari Everwin Kenyalang dan turun di Hui Sing,” katanya.

Menurutnya, penilaian di lapangan penting untuk mendapatkan gambaran secara langsung mengenai pengalaman pengguna selain berinteraksi dengan orang ramai.

“Saya gembira kerana perkhidmatan bas ini dapat diperluaskan ke kawasan perumahan matang seperti Kenyalang dan Hui Sing. Ia boleh menjadi alternatif pengangkutan khususnya kepada warga emas yang tidak lagi perlu bimbang tentang pemanduan dan tempat letak kereta,” katanya.

Kong turut memaklumkan bahawa walaupun bas berkenaan telah beroperasi setiap hari sejak setahun lalu, keadaannya masih bersih, terjaga dan selesa.

“Ini mencerminkan komitmen kami bersama pengendali bas dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada penumpang,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berkata antara isu utama yang dibangkitkan orang ramai ialah kekurangan maklumat laluan yang jelas di perhentian bas.

“Walaupun terdapat aplikasi mudah alih untuk membantu pengguna, kami menyedari tidak semua mempunyai akses kepada telefon pintar atau mampu menggunakan kemudahan digital tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menekankan keperluan untuk memasang peta laluan di perhentian bas bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti laluan serta merancang perjalanan.

“LPKP Sarawak akan mengambil serius maklum balas ini dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memasang peta laluan di perhentian bas yang sesuai,” katanya.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam lebih mudah diakses dan mesra pengguna untuk semua lapisan masyarakat, termasuk mereka yang bergantung kepada kaedah maklumat tradisional

Tambah beliau, LPKP Sarawak akan terus komited menambah baik perkhidmatan Bas.My Kuching melalui penglibatan aktif, pemantauan berkala dan penambahbaikan praktikal.

“Kami mahu lebih ramai orang berasa yakin dan terdorong untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai sebahagian daripada perjalanan harian mereka,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Ramah Tamah Aidilfitri Surau Wahdah Al Ummah medium perkukuh perpaduan komuniti
Next: Inisiatif ‘Beli-belah Bersama YB’ bantu keluarga berpendapatan rendah di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.