
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa menjejaki prestasi lemah di Wall Street dalam tempoh semalaman, berikutan pengenaan tarif sebanyak 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas 14 negara termasuk Malaysia, bermula 1 Ogos, 2025.
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.72 mata atau 0.69 peratus kepada 1,526.82 daripada 1,537.54 ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka 7.85 mata lebih rendah kepada 1,529.69.
Lingkungan pasaran adalah kurang memberangsangkan dengan 383 kaunter rugi mengatasi 66 kaunter untung manakala 229 kaunter tidak berubah, 1,727 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 194.24 juta saham bernilai RM152.79 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd Wall Street mengalami penyusutan selepas pengumuman tarif oleh Presiden AS Donald Trump menimbulkan semula kebimbangan terhadap perang perdagangan global, dengan tambahan tarif dikenakan ke atas Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara lain.
Firma pembrokeran itu menjelaskan Indeks Dow Jones, S&P 500 dan Nasdaq masing-masing susut sebanyak 0.9 peratus, 0.8 peratus dan 0.9 peratus.
“Tumpuan pasaran kini beralih kepada minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) bagi mendapatkan kejelasan mengenai kemungkinan kadar faedah, dan kami menjangkakan bursa tempatan mengalami dagangan rendah secara keseluruhan.
“Bagaimanapun, kami yakin pasaran mungkin beralih kepada saham yang lebih defensif dan dipacu domestik,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM9.70, Public Bank turun tiga sen kepada RM4.30, Tenaga Nasional merosot 16 sen kepada RM13.64, CIMB susut enam sen kepada RM6.69 dan IHH Healthcare turun satu sen kepada RM6.71.
Antara saham aktif, NexG dan Tanco masing-masing turun setengah sen kepada 41.5 sen dan 89 sen, manakala Zetrix AI susut dua sen kepada 93 sen. Kim Hin naik lapan sen kepada 84 sen, dan Supermax menambah lima sen kepada 64 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 85.82 mata kepada 11,432.84, Indeks FBMT 100 turun 85.93 mata kepada 11,207.30, dan Indeks FBM Emas Shariah susut 102.24 mata kepada 11,398.49.
Indeks FBM 70 jatuh 157.87 mata kepada 16,465.58 manakala Indeks FBM ACE susut 31.06 mata kepada 4,442.56.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 81.77 mata kepada 17,640.19, Indeks Perladangan susut 18.48 mata kepada 7,426.53, dan Indeks Tenaga turun 5.57 mata kepada 732.02. Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.84 mata kepada 153.57.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 85.82 mata kepada 11,432.84, Indeks FBMT 100 turun 85.93 mata kepada 11,207.30, dan Indeks FBM Emas Shariah susut 102.24 mata kepada 11,398.49.
Indeks FBM 70 merosot 157.87 mata kepada 16,465.58 manakala Indeks FBM ACE susut 31.06 mata kepada 4,442.56.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 81.77 mata kepada 17,640.19, Indeks Perladangan susut 18.48 mata kepada 7,426.53, Indeks Tenaga turun 5.57 mata kepada 732.02 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.84 mata kepada 153.57.– Bernama