Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pengeluar Kelapa Pandan Wangi terbesar
  • BISNES

Pengeluar Kelapa Pandan Wangi terbesar

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Datuk Dr. Abdul Rahman bersama 53 peserta merakamkan kenangan.

BEKENU: Kampung Ranchah Ranchah bakal menjadi pengeluar Kelapa Pandan Wangi terbesar di Bahagian Miri menjelang 2022.

Menteri Muda Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata demikian pada sesi lawatan kerja di sini semalam.

Katanya, skim berkelompok kelapa pandan di sini bakal menghasilkan 32,000 kelapa setiap bulan atau 1,200 setiap hari yang dapat menjana pendapatan kepada 53 peserta.

“Saya rasa terkejut kerana projek kelapa ini yang ditanam pada suku akhir 2018 sudah mula menunjuk tanda berbuah.

“Jabatan Pertanian akan membina pusat pengumpulan yang akan siap pada tahun 2022 untuk membantu peserta skim memasarkan produk mereka,” jelasnya.

Pengerusi Skim Projek Kelapa, Arbi Jukin berkata, kelapa yang diusaha di sini telah mengeluarkan bunga dalam masa yang singkat ini kerana kesungguhan peserta membaja pokok kelapa pada setiap bulan.

Jabatan Pertanian telah melakukan pembersihan kawasan dan input ladang dalam masa empat tahun pertama sementara para peserta bertanggungjawab untuk penyelenggaraan ladang, tambahnya.

Turut hadir, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.71 Bekenu Datuk Hajah Rosey Yunus, Pegawai Daerah Subis Jamalie Busri, Pemanca Ali Mudin dan Pegawai Pertanian Miri AO Hafriz dan ketua kaum setempat.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Petani digalak ternak kerbau secara komersial
Next: Usahawan digalakkan segera daftar perniagaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.