Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pengecualian cukai jualan input pertanian ‘durian runtuh’ kepada sektor pertanian – KPKM
  • NASIONAL

Pengecualian cukai jualan input pertanian ‘durian runtuh’ kepada sektor pertanian – KPKM

Utusan Sarawak 2 days ago
KADAR sifar cukai input makanan ternakan, baja dan racun perosak bantu kawal harga makanan.

PUTRAJAYA: Pengecualian cukai jualan kadar sifar terhadap input pengilang berdaftar bagi industri makanan ternakan, baja dan racun serangga disifatkan sebagai ‘durian runtuh’ kepada sektor pertanian.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan inisiatif itu amat dinantikan pemain industri kerana ia mampu mengurangkan kos pengeluaran, sekali gus memastikan harga produk pertanian kekal mampu milik bagi menyokong keselamatan makanan negara.

Menurut KPKM, Amanat Tahun Baharu 2026 yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disokong penuh, khususnya penekanan terhadap agenda keterjaminan makanan yang dilihat selari dengan usaha memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memelihara kesejahteraan rakyat.

KPKM turut menyambut baik komitmen Kerajaan MADANI untuk meneruskan pelaksanaan 5,000 Jualan Agro MADANI (JAM) pada tahun ini.

“Program ini terbukti berkesan dalam membantu meringankan kos sara hidup dengan memudahkan rakyat mendapatkan bekalan produk segar dan barangan keperluan asas pada harga lebih rendah berbanding pasaran,” menurut kenyataan KPKM.

KPKM meneruskan komitmen untuk melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkukuh keterjaminan makanan negara secara menyeluruh, selaras dengan dasar dan hala tuju kementerian.

Dalam perutusan Tahun Baharu 2026 semalam, Perdana Menteri mengumumkan pengecualian cukai jualan terhadap bahan mentah atau input yang kritikal dan digunakan oleh pengilang berdaftar, khususnya untuk pengeluaran barangan berkaitan sektor penternakan dan pertanian, sebagai langkah mengawal harga barangan keperluan asas rakyat.

Pengecualian itu meliputi makanan ternakan, baja dan racun perosak, selaras dengan usaha memastikan kestabilan kos pengeluaran dan rantaian bekalan makanan negara.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kekerapan Program Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat berbelanja
Next: Mangsa banjir di Sabah, Sarawak semakin meningkat, 1,706 orang dipindahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.