Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pengawasan lorong tikus di sempadan bakal guna teknologi baharu, terkini
  • SEMASA

Pengawasan lorong tikus di sempadan bakal guna teknologi baharu, terkini

Utusan Sarawak 5 months ago
MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media selepas hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bulan Disember 2024 di Kompleks Setia Perkasa, hari ini. Turut sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman (kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (kanan). FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Kaedah pengawasan ‘lorong tikus’ di sempadan Malaysia-Thailand akan dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi baharu dan terkini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. 

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menjemput beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa bagi melakukan pembuktian konsep (POC) mengenai teknologi dan kepakaran yang mereka ada.

“Sekarang ini, kecenderungan kita untuk mengawasi jalan tikus atau pintu masuk rasmi kita adalah dengan menggunakan teknologi semasa,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di sini, hari ini.

Beliau berkata, teknologi yang akan digunakan di sempadan akan diteliti dengan baik bagi memastikan keberkesanannya berada di tahap tinggi.

“Kita akan tengok hingga kita betul-betul puas hati, dalam erti kata mengawal keselamatan sempadan termasuklah keselamatan ataupun potensi ancaman melibatkan jalan tikus,” katanya.

Mengenai cadangan pembinaan tembok di sempadan Malaysia-Thailand, Saifuddin Nasution berkata kaedah itu akan membabitkan kos penyenggaraan yang mahal.

“Pagar ini, pertamanya ia melibatkan kos yang tinggi dan penyelenggaraannya juga mahal. Zaman berubah (ia) mungkin sesuai pada ketika itu,” katanya.

Media tempatan melaporkan sejumlah 281 lokasi lorong tikus dikenal pasti dalam kawasan tanggungjawab Pasukan Gerakan Am (PGA) yang digunakan bagi aktiviti jenayah rentas sempadan.

Daripada jumlah itu 154 berada di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand, dengan Kelantan merekodkan angka tertinggi iaitu 128 lorong tikus.

Selain Kelantan, jumlah lorong tikus mengikut negeri ialah lapan di Perlis, diikuti Kedah (18), Selangor (12), Johor (27), Sarawak (38) dan Sabah (50). – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam
Next: Kes penyakit ASF dikesan di ladang khinzir di Mongkos, Tebedu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.