Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pengawal keselamatan maut, motosikal rempuh kerbau di Limbang
  • KEMALANGAN

Pengawal keselamatan maut, motosikal rempuh kerbau di Limbang

Utusan Sarawak 10 hours ago
Motosikal mangsa yang rosak teruk akibat kemalangan di Jalan Telahak, Limbang. Foto: Polis Limbang

LIMBANG: Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor kerbau di Jalan Telahak, di sini, pada Sabtu lepas.

Mangsa, 24, dari Kampung Buang Abai, mengalami cedera parah pada kepala dan dada dan disahkan meninggal dunia di Hospital Limbang pada 5.00 pagi, kira-kira dua jam selepas kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot, mangsa menunggang motosikal seorang diri selepas pulang dari majlis sambutan ulang tahun rakannya di Kampung Palas menuju ke rumahnya di Kampung Buang Abai.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai cuba mengelak seekor kerbau yang tidur di atas jalan. Akibat pelanggaran itu, motosikal hilang kawalan dan mangsa terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Superintenden Parum berkata, mangsa terseret hampir 10 meter dari titik pelanggaran manakala motosikalnya tercampak sejauh 25 meter, mengakibatkan kecederaan serius pada muka dan dada sebelah kiri.

Kejadian turut menyebabkan motosikal rosak teruk di bahagian depan. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemalangan kendiri di Jalan Entabai ragut nyawa penunggang motosikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.