Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pengasas Telegram Durov hadapi tuduhan berkaitan aktiviti jenayah di platform
  • GLOBAL

Pengasas Telegram Durov hadapi tuduhan berkaitan aktiviti jenayah di platform

Utusan Sarawak 9 months ago
PENGASAS Telegram Pavel Durov.

ANKARA: Pengasas Telegram Pavel Durov menghadapi pertuduhan awal di Perancis atas dakwaan membenarkan aktiviti jenayah berlaku di aplikasi pesanan itu, menurut laporan media yang dipetik oleh Agensi Anadolu  (AA), semalam.

Pihak berkuasa menuduh Telegram memudahkan penyebaran bahan penderaan seksual kanak-kanak, pengedaran dadah, penipuan dan pengubahan wang haram. 

Syarikat itu dilaporkan enggan bekerjasama dengan penyiasat, seperti yang dilaporkan oleh Sky News.

Telegram menafikan tuduhan itu dengan menegaskan bahawa dasar penyederhanaan mereka mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah dan memenuhi piawaian industri.

Menurut laporan media, syarikat itu menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai “tidak masuk akal,” dengan berhujah bahawa adalah tidak adil untuk menyalahkan platform atau pemiliknya atas penyalahgunaan jenayah.

Durov, yang dilahirkan di Rusia dan  memegang kewarganegaraan Perancis sejak 2021, ditahan selepas pesawat peribadinya mendarat di lapangan terbang Le Bourget dekat Paris.

Hakim di Perancis telah melarangnya meninggalkan negara itu sementara siasatan dijalankan. – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Dua eksekutif disabitkan kesalahan di Switzerland berkaitan Skandal 1MDB
Next: Taufan Shanshan: Lebih 50 cedera di barat daya Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.