Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pengarah Pendidikan Sarawak ziarah keluarga murid terlibat tragedi renjatan elektrik
  • Selatan
  • WILAYAH

Pengarah Pendidikan Sarawak ziarah keluarga murid terlibat tragedi renjatan elektrik

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENGARAH Pendidikan Sarawak, Omar Mahli menziarahi keluarga mangsa murid terlibat dalam insiden renjatan elektrik.

SIBU: Prihatin dan berdukacita dengan tragedi renjatan elektrik yang melibatkan murid di sebuah sekolah menengah di Daro, Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli menziarahi keluarga mangsa di Hospital Sibu, hari ini.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak menerusi kenyataan di Facebooknya memberitahu, dalam kunjungan tersebut, Omar melawat murid yang sedang menerima rawatan serta menyampaikan kata-kata semangat kepada ahli keluarga agar terus tabah menghadapi ujian yang amat berat ini.

Beliau juga hadir ke Bilik Mayat Hospital Sibu bagi menzahirkan penghormatan terakhir kepada murid yang telah meninggal dunia akibat tragedi berkenaan. 

Beliau turut bersama-sama menunaikan solat jenazah sebagai tanda penghormatan dan solidariti kepada keluarga mangsa.

PENGARAH Pendidikan Sarawak, Omar Mahli menziarahi keluarga mangsa murid terlibat dalam insiden renjatan elektrik.

Kehadiran beliau mencerminkan keprihatinan serta komitmen JPN Sarawak terhadap kebajikan dan kesejahteraan murid serta keluarga yang terkesan dengan insiden tersebut.

Turut hadir bersama ialah pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daro dan Sibu.

JPN Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi dugaan ini. 

Doa turut dipanjatkan agar murid yang sedang menerima rawatan diberikan kesembuhan segera.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Wanita cedera diserang anjing disyaki rabies di Stutong Sama Jaya
Next: Projek Jalan Utama Kedua Betong capai 77 peratus, dijangka siap hujung tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.