Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pengarah JSPT Bukit Aman antara pegawai kanan PDRM bertukar jawatan
  • NASIONAL

Pengarah JSPT Bukit Aman antara pegawai kanan PDRM bertukar jawatan

Utusan Sarawak 2 days ago
PENGARAH JSPT Bukit Aman antara pegawai kanan PDRM bertukar jawatan.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan pelantikan beberapa pegawai kanan melibatkan jawatan strategik pada peringkat Bukit Aman dan kontinjen negeri.

Setiausaha Polis Malaysia DCP Abdul Rahman Kassim berkata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ditukarkan sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

Beliau berkata Pengarah JPJKK Datuk Wan Hasan Wan Ahmad pula ditukarkan sebagai Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) di Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara (KPN).

“Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali ditukarkan sebagai Pengarah JSPT Bukit Aman baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rahman berkata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak dengan memangku pangkat SAC.

“Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Sarawak ACP Roselina Daud dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak baharu dengan memangku pangkat SAC.

“Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Maktab Teknik PDRM Muar ACP Pozlan Ibrahim dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling), Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC,” katanya.

Kesemua pertukaran berkuat kuasa 9 Februari.- Bernama

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di Sabah, Sarawak semakin meningkat, 1,706 orang dipindahkan
Next: Tun M masuk IJN selepas dilapor terjatuh di rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.