
MIRI: Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Norizan Jili, mengadakan lawatan kerja ke Pejabat JPJ di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri hari ini bagi meninjau sendiri operasi harian serta bertemu pegawai dan anggota yang bertugas.
Ketibaan beliau disambut Ketua Pejabat UTC JPJ Miri, Umi Faseha Yusof, bersama warga kerja pejabat berkenaan.
Menurut kenyataan JPJ Sarawak, lawatan tersebut mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Sarawak dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat sentiasa berada pada tahap terbaik, di samping menghargai dedikasi pegawai dan anggota di lapangan.

Dalam sesi lawatan itu, Norizan turut beramah mesra dengan warga kerja selain meninjau aspek pengoperasian pejabat bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa cekap, mesra pelanggan dan berintegriti.
Beliau turut menegaskan komitmen JPJ Sarawak untuk terus memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti selaras dengan aspirasi kerajaan serta kehendak rakyat.
Oleh Adum Liu