
BA’KELALAN: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri (JBPM) Negeri Sarawak Jamri Masran, telah melakukan tinjauan ke bangunan sementara Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ba’kelalan semalam.
Jamri yang mewakili Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram Osman, telah meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk di tanah tinggi itu sepanjang perjalanan menuju ke Dewan Sebaguna Kampung Buduk Nur.
JBPM Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata lawatan ini diadakan sempena majlis perasmian Sesi Libat Urus Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Negeri Sarawak ke Pasukan Bomba Sukarela Ba’kelalan, Lawas semalam.
Pada majlis itu turut diadakan penyerahan Jentera Kenderaan Tindak Balas Bomba Sukarela (VFRV) serta Pelancaran Titik Kebakaran melibatkan penyerahan alat pemadam api kepada 12 kampung selain demonstrasi pemadaman oleh Pasukan Bomba Sukarela(PBS) Ba’kelalan.
Turut hadir Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan, Penghulu Yudan Meru, pegawai-pegawai Kanan jabatan dan PBS Ba’kelalan.
Oleh Adeng Edrus