Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penganjuran SUKMA akan diberi kepada Putrajaya atau MSN, tiada lagi negeri
  • SUKAN

Penganjuran SUKMA akan diberi kepada Putrajaya atau MSN, tiada lagi negeri

Utusan Sarawak 21 hours ago
HANNAH Yeoh semasa majlis Pecah Tanah ibu pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baharu dikenali sebagai ‘Olympic House’ di Bukit Jalil, di sini hari ini.. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mempertimbangkan supaya Kelantan menjadi negeri terakhir menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) dalam usaha untuk memperkenalkan model baharu bagi temasya sukan dwitahunan itu.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata hak penganjuran tersebut akan diberikan kepada Putrajaya atau Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memastikan kesinambungan dalam pemilihan sukan dipertandingkan yang sebelum ini menjadi hak negeri penganjur.

“Selepas Kelantan, tamat pusingan iaitu semua negeri telah jadi penganjur. Sebelum ini setiap negeri penganjur akan cari sukan yang akan memberikan mereka kelebihan untuk pingat, sebab itu, setiap SUKMA ada sukan yang digugurkan. 

“Jadi beri kita ruang untuk kaji untuk pastikan kesinambungan itu wujud dan carta ataupun laluan untuk atlet, pembangunan atlet itu ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pecah Tanah ibu pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baharu dikenali sebagai ‘Olympic House’ di Bukit Jalil, di sini hari ini.

Sementara itu, Hannah meminta semua pihak supaya menghormati keputusan penganjur SUKMA 2026 iaitu Selangor dalam urusan pemilihan sukan yang dipertandingkan.

“Jadi, keputusan SUKMA, keputusan negeri penganjur kita bagi ruang, hormati negeri penganjur dan kita akan bincang penganjuran sukan bukan SUKMA,” katanya.

Hannah dalam pada itu menzahirkan keterujaan terhadap pembinaan ‘Olympic House’ yang dijangka siap pada 2028.

Beliau berharap pembinaan ibu pejabat baharu MOM yang menempatkan kesemua persatuan sukan di bawah satu bumbung akan dimanfaatkan sepenuhnya badan induk itu.

“Ia merupakan pencapaian penting yang menandakan permulaan lembaran baharu dalam perjalanan sukan Malaysia,” katanya.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: IPD Lawas sedia beraksi di Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya Sarawak 2025
Next: United sambar Sesko dengan perjanjian RM418.6 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.