Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penganjuran Duo 2 Festival peluang penduduk Kabong ketengahkan produk tempatan
  • Selatan
  • WILAYAH

Penganjuran Duo 2 Festival peluang penduduk Kabong ketengahkan produk tempatan

Utusan Sarawak 5 months ago

KABONG: Penganjuran Duo 2 Festival 2024 yang telah bermula semalam adalah peluang untuk penduduk tempatan dari kawasan sekitar Kabong mengetengahkan produk-produk mereka bagi menarik pengunjung luar datang ke Kabong. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, industri produk tempatan berasaskan makanan di daerah Kabong mampu menarik perhatian pengunjung dari luar, sekaligus boleh diketengahkan lebih jauh sehingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata daerah berkenaan dan sekitarnya adalah berpotensi besar untuk dimajukan dalam sektor pelancongan dan pertanian.

“Justeru itu, penganjuran Duo 2 Festival ini adalah peluang untuk penduduk tempatan terutamanya kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) baik dari segi industri makanan, inap desa dan sebagainya sebagai platform mengetengahkan produk mereka sekaligus meningkatkan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir merasmikan Program Duo 2 Festival di Kabong Town Square dekat sini, petang semalam.

Duo 2 Festival yang kali kedua dianjurkan selepas Beladin ini menyajikan lebih daripada 40 gerai jualan makanan dan minuman, barangan kosmetik, pakaian serta pelbagai aktiviti menarik untuk setiap penganjung yang hadir.

Dalam pada itu, Pengerusi Penganjur, Casner Duchavy mengalu-alukan kehadiran pengunjung sekitar Kabong hadir di tapak festival sepanjang lima hari program dilangsungkan.

“Penganjuran Duo 2 Festival bakal artis-artis jemputan dari Semenanjung Malaysia dan Indonesia serta tempatan yang membuat persembahan pada setiap malam di tapak festival.

“Antara artis-artis yang membuat persembahan ialah Kumpulan Screen, NNC Band, Silent Killer, Pagan Band, Shidi Data dan penyanyi dari Indonesia iaitu Cyntia dan Ayu Rara,” katanya.

Selain menampilkan artis, kata Casner pengunjung turut diberi peluang menyertai acara seperti pertandingan karaoke, tarian poco-poco serta aktiviti fesyen pakaian dan melukis untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Naik taraf sembilan titian kayu kepada konkrit hampir siap  
Next: Yayasan Bintulu Port taja kelengangkapan persekolahan 200 murid  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.