Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penganggur dipenjara satu tahun lakukan khianat
  • JENAYAH

Penganggur dipenjara satu tahun lakukan khianat

Utusan Sarawak 2 years ago
Tertuduh, Hafarizan Johari, 22, membuat pengakuan di hadapan Majistret Zaiton Anuar bagi pertuduhan melakukan kesalahan di rumah keluarganya di Taman Mesra Bako di sini sekitar 3.00 petang pada 26 Jun lalu.

KUCHING: Padah melakukan khianat dengan memecahkan tingkap dan merosakkan pintu rumah bapa kandung, seorang penganggur dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas tertuduh mengaku bersalah.

Tertuduh, Hafarizan Johari, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Zaiton Anuar bagi pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di rumah keluarganya di Taman Mesra Bako di sini sekitar 3.00 petang pada 26 Jun lalu.

Berdasarkan fakta kes, Hafarizan tiba-tiba mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada bapanya sambil meminta ayahnya bergaduh sambil dilengkapi kerambit.

Hafarizan yang semakin berang selepas bapanya menolak pergaduhan mula membaling batu ke arah tingkap dan menghempas pintu rumah sehingga rosak dan pecah.

Anggaran kerugian yang dialami bapanya sekitar RM250.

Bapanya yang bimbangkan keselamatannya dan ahli keluarganya yang lain membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan Hafarizan pada 1 Julai lalu.

Siasatan mendapati Hafarizan sering berkelakuan sedemikian sehingga menimbulkan ketakutan kepada ahli keluarga yang lain.

Difahamkan, bapanya yang mengesyaki Hafarizan terlibat dengan dadah juga telah melaporkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tetapi tiada tindakan diambil oleh agensi itu.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, manakala Hafarizan tidak diwakili peguam.

Oleh Nickelyson Lakun


Continue Reading

Previous: Op Bersepadu Pencegahan Jenayah Khas: 31 ditahan, 795 keping saman dikeluarkan
Next: Najib dibenarkan hadir mahkamah ikuti prosiding rayuan saman Tommy Thomas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.