Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pengamal media perlu utamakan tanggungjawab dan ketepatan fakta
  • Utara
  • WILAYAH

Pengamal media perlu utamakan tanggungjawab dan ketepatan fakta

Utusan Sarawak 11 hours ago
KENANGAN… Para media yang hadir pada majlis PraKrismas Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat.

MIRI: Dalam landskap media yang semakin mencabar dan pantas, pengamal media diingatkan agar tidak mengabaikan prinsip tanggungjawab serta ketepatan fakta demi kepentingan masyarakat.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, media memainkan peranan penting sebagai ejen perubahan masyarakat, khususnya dalam menyokong pembangunan dan kemajuan sosial di utara Sarawak.

Menurut beliau, laporan yang bertanggungjawab dan konstruktif mampu mempengaruhi pemikiran masyarakat ke arah lebih positif serta membantu memperkukuh keharmonian sosial.

“Dalam era penyebaran maklumat tanpa sempadan, semakan fakta yang teliti amat penting bagi mengelakkan penularan maklumat tidak tepat yang boleh mengelirukan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis PraKrismas Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) yang berlangsung di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Seramai 47 pengamal media utara Sarawak hadir memeriahkan majlis tersebut.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sawa bersembunyi di reban ayam Kampung Mundu, Roban
Next: Jalan utama Batu Niah ke Lebuh Raya Pan Borneo Simpang Ngu masih tidak boleh dilalui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.