Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pengamal media perlu dalami AI
  • SEMASA

Pengamal media perlu dalami AI

Utusan Sarawak 7 months ago

Abang Johari menerima cenderamata penghargaan daripada Yong selepas majlis penutupan. Turut kelihatan Abdullah (kiri). Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Wartawan perlu mendalami teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI) dalam usaha menyebarkan maklumat sahih kepada awam.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain etika dan integriti, teknologi AI menjadi cabaran utama kepada pengamal media masa kini.

“Etika (kewartawanan) dalam menyebarkan maklumat menerusi AI misalnya, boleh mengubah cara pemikiran atau mengubah cara komunikasi.

“Kadangkala hasil data daripada apa kita sebarkan melalui AI itu membawa sama ada kebaikan atau keburukan. Perkara ini perlu diketahui oleh pengamal media,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Program Latihan untuk Wartawan Sarawak anjuran Malaysian Press Intitute (MPI) di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam, Datuk Abdullah Saidol dan Presiden MPI Datuk Yong Soo Heong.

Abang Johari berkata media pada era ini mempunyai pelbagai bentuk berikutan perubahan zaman ke arah teknologi yang dapat menyebarkan berita dalam talian.

Katanya, dahulu wartawan menggunakan kaedah media cetak untuk menghebahkan berita namun sekarang ini mudah di akses melalui telefon pintar secara talian.

“Dulu guna kaedah media cetak, dan esok paginya baru dapat baca berita dalam surat khabar.

“Zaman sekarang sudah berubah dengan ketara kerana orang awam dapat membaca kandungan berita melalui aplikasi di dalam telefon.

“Kaedah sekarang cepat, sebelum berita itu sampai untuk dicetak orang ramai sudah baca lebih awal”katanya.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: MA63: Tuntutan berkaitan isu pendidikan Sabah masih dibincang – TPM Fadillah
Next: Dua ekor buaya ditembak mati sebab ancam keselamatan penduduk di Lahad Datu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.