Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pengamal Media nadi kerajaan, rakyat
  • SEMASA

Pengamal Media nadi kerajaan, rakyat

Utusan Sarawak 5 years ago
KETUA Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyampaikan Anugerah Kewartawanan Kenyalang Ketua Menteri Bahasa Melayu, Haini Darani dari Utusan Sarawak semasa menghadiri majlis Malam Anugerah Kewartawanan Kenyalang ke-32 di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO.

KUCHING: Wartawan dan media merupakan rakan kongsi rapat kepada kerajaan kerana ia menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, satu pencapaian yang luar biasa terbukti bahawa dunia kewartawanan di Bumi Kenyalang telah lama bertapak dan terus sentiasa kekal releven.

“Tugas sebagai wartawan cukup mencabar kini, kerana ketika ini kita berdepan dengan era digital.

“Kini wartawan perlu bersaing dengan media sosial yang bukan sahaja pantas malah boleh membentuk pelbagai persepsi dan perspektif dalam masa yang singkat,” katanya.

Justeru, Abang Johari berkata, kecekapan dan kearifan adalah amat dituntut dalam kalangan pengamal media.

“Untuk terus kekal releven dalam dunia kewartawanan, wartawan perlu menyampaikan berita yang benar sekaligus menyisihkan berita-berita palsu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut mengucapkan terima kasih kepada komuniti media yang sentiasa menyokong dasar kerajaan dalam membantu rakyat.

“Terima kasih kepada wartawan yang sentiasa mendahulukan rakyat, termasuk menjadi barisan harapan yang menyampaikan maklumat penting kepada masyarakat terutamanya negara dan negeri berperang dengan covid-19.

“Kerajaan dan wartawan perlu berkerjasama tanpa mengira latar belakang, agama Dan bangsa,” katanya.

Anugerah tokoh Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2020 diberikan kepada James Alexander Ritchie.

Bagi Anugerah Ketua Menteri untuk kategori penyiaran dimenangi oleh Zulkifli Abdul Razak (Astro Awani), kategori bagi Bahasa Cina, Cermon Toh (Sarawak Eye), Bahasa Melayu dimenangi oleh Haini Darani (Utusan Sarawak) dan Bahasa Inggeris oleh Nancy Nais (Dayak Daily).

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: KLARSB dilantik jadi ‘turn-key’ kontraktor
Next: 83 anak Sarawak terkandas ucap terima kasih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.