
PRIHATIN…Shafinaz Deng, pelajar anak Penan di Tingkatan 6 SMK Marudi dibawa juruterbang Kapten James menggunakan helikoter ke Marudi semalam.
MARUDI: “Ini pengalaman pertama saya naik helikopter dan saya langsung tidak menjangka. Terima kasih semua atas bantuan terutama juruterbang”.
Itu luahan kesyukuran Syafinaz Deng, 20, ketika ditemui wartawan Utusan Sarawak di sini hari ini.
Pelajar kaum Penan dari Apau Nyaring, sebuah perkampungan di kawasan pedalaman Ulu Baram itu berjaya diterbangkan ke sini semalam menggunakan helikopter Hornbill Skyways.
Syafinaz, pelajar Tingkatan Enam SMK Marudi terkandas di kampungnya kerana bencana jalan runtuh akibat hujan lebat dan terputus hubungan.
Dari penempatannya untuk ke Marudi akan memakan masa kira-kira lapan jam dan berisiko sebab jalan licin, sekali gus boleh menjejaskan jadual persiapannya untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekohan Malaysia (STPM).
“Kami diarah pulang awal ke sekolah supaya dapat mengulangkaji pelajaran dan membuat persiapan awal bagi menghadapi peperiksaan STPM.
“Pada masa itu, secara kebetulan ada penerbangan balik ke Miri selepas menghantar bantuan bekalan makanan kering kepada penduduk di kampung Shafinaz ekoran terputus hubungan selama dua minggu.
“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penduduk kampung saya kerana minta bantuan juruterbang tersebut agar membantu menghantar saya ke Marudi supaya saya tidak terlepas menghadiri STPM yang akan didakan Selesa depan,” katanya.
Menurut Shafinaz memandangkan jalan ke kampungnya tidak begitu elok dan licin akibat hujan dan cuaca tidak menentu, maka dia benasib baik atas kesudian dan keprihatinan juruterbang menumpangnya balik ke Marudi.
“Saya memang tidak menjangka dapat menaiki penerbangan helikopter untuk balik ke sekolah di Marudi. Terima kasih sekali lagi kepada juruterbang, Kapten James Dario Canero kerana sudi membawa saya dengan penerbangan yang mengambil masa 40 minit,” katanya bersyukur.
Helikopter itu berjaya mendarat di Padang Terbang Marudi pada jam 5.10 petang semalam untuk menurunkan Shafinaz, sebelum terbang balik ke pangkalan di Miri.
Katanya jika jalan dapat dilalui dari kampungnya ke Marudi, ia akan mengambil masa yang lama.
Malah kata Shafinaz pada musim cuti sekolah baru-baru ini, dia diambil oleh ibu bapanya untuk pulang ke kampung menggunakan jalan balak yang mengambil masa lapan jam.
“Saya berharap dapat mencapai keputusan cemerlang pada STPM ini kerana cita-cita saya adalah untuk melanjutkan pengajian saya sehingga ke pusat pengajian tinggi,” katnya.
Shafinaz Deng adalah pelajar semester ketiga iaitu semester terakhir baginya yang bakal menduduki peperiksaan SPTM pada 18 Februari ini.
Sebelum ini Shafinaz bersekolah di SMK Tinjar Baram dari Tingkatan satu hingga ke Tingkatan Lima.
Anak kedua dalam empat orang adik beradik, Shafinaz bersekolah asrama penuh di SMK Marudi.
Ketika mengakhiri perbualan, Shafinaz memberitahu dia belum lagi ada cita-cita untuk masa depannya.
“Yang penting saya perlu menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum merancangkan kehidupan masa depan,” katanya.
Oleh JIKU JUGUONG