Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KOLUM
  • Pengalaman meredah hutan Bukit Mabong 
  • KOLUM

Pengalaman meredah hutan Bukit Mabong 

Utusan Sarawak 2 years ago

MEREDAH hutan tebal sambil ditemani pacat dan memikul beg sandang yang beratnya sekitar tiga kilogram sepanjang perjalanan lima jam mendaki Bukit Mabong, merupakan satu pengalaman baru bagi peserta Ekpedisi Recce Bukit Mabong, Selasa lalu.

Peserta terpaksa meredah ‘trek kejam’ yang curam hingga paras lutut bertemu dagu seperti di ‘Tangga Bunyau’ yang memerlukan mereka menggunakan tali di sepanjang pendakian itu.

Hutan di bukit ini juga merupakan kawasan yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh penduduk sehingga pokok-pokok besar yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun masih berdiri megah dan ia meredupkan suasana pendakian.

Selain itu, peserta juga berpeluang melihat beberapa jenis tumbuhan yang jarang kelihatan di tempat lain seperti keladi hutan gergasi yang tingginya sekitar dua hingga tiga meter.

Ketika tiba di puncak bukit itu, waktu sudahpun senja dan peserta disajikan pemandangan hutan tebal dan sebahagian kawasan Tunoh sebelum mendirikan khemah untuk bermalam di situ.

Tidak jauh dari tapak khemah, peserta berpeluang melihat sungai kecil dinamakan sebagai Sungai Arau yang mengalir dari puncak Bukit Mabong hingga ke Pancur Mabong.

Ekpedisi ini yang julung kali diadakan adalah anjuran Pejabat Daerah Bukit Mabong dengan kerjasama beberapa agensi antaranya Pejabat Residen Kapit, Perbadanan Perhutanan Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Hutan Sarawak, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penerangan Kapit, disertai kira-kira 30 peserta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai yang juga Ketua Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni dan Budaya URDA berharap ekpedisi ini mampu mewujudkan peluang ekopelancongan yang diyakini boleh meningkatkan sumber pendapatan dan menjana ekonomi penduduk setempat.

Menurut Pegawai Daerah Bukit Mabong, Robert Liman Deli, aktiviti mendaki Bukit Mabong ini juga akan dimasukkan dalam kalendar aktiviti perlancongan Bukit Mabong bagi tahun 2023.

Oleh AKUN GIMAN

Keterangan gambar

CABARAN BERMULA….Peserta memulakan pendakian diketuai Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Bukit Mabong, Hollish Timbang (berbaju merah).(gambar oleh JaPen Kapit).

PEMANDANGAN INDAH….Pemandangan dari puncak Bukit Mabong.(gambar oleh JaPen Kapit). 
PEMANDANGAN INDAH….Pemandangan dari puncak Bukit Mabong.(gambar oleh JaPen Kapit).
KENANGAN…..Peserta bergambar di batu-batuan di Sungai Arau.(gambar oleh JaPen Kapit).
 
MASIH GAH BERDIRI……Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Bukit Mabong Hollish Timbang bergambar di bawah salah satu pokok besar yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun.(gambar oleh JaPen Kapit).
TAKLIMAT…..Tuai Rumah Kilau Ugap memberikan taklimat kepada peserta pendakian.(gambar oleh JaPen Kapit)
UNTUK KENANGAN……Peserta bergambar bersama ADUN Baleh Nicholas Kudi Jantai sebelum memulakan pendakian. (gambar oleh JaPen Kapit)
 
TERPEGUN……Peserta dari Jabatan Penerangan Kapit, Budin Gumbang bergambar bersama keladi hutan gergasi.(gambar oleh JaPen Kapit).

Continue Reading

Previous: Cabaran getir seterusnya menanti Anwar
Next: Serangan Jepun ke atas Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.