Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pengalaman bantu Jin Wei mara ke akhir Masters Thailand
  • SUKAN

Pengalaman bantu Jin Wei mara ke akhir Masters Thailand

Utusan Sarawak 2 hours ago
PEMAIN perseorangan wanita profesional Malaysia Goh Jin Wei melangkah ke pusingan akhir kejohanan badminton Masters Thailand 2026.

BANGKOK: Pemain perseorangan wanita profesional Malaysia Goh Jin Wei melangkah ke pusingan akhir kejohanan badminton Masters Thailand 2026 selepas menewaskan rakan senegara Wong Ling Ching di Stadium Nimibutr, di sini hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu ternyata memanfaatkan pengalamannya untuk bangkit selepas tumpas pada set pertama kepada Wong yang juga pemain ke-43 dunia, 17-21, 21-17, 21-16 dalam pertembungan selama 57 minit.

Berada pada ranking ke-68 dunia, Jin Wei mengakui tidak menjangkakan kemenangan kerana keletihan selepas perlawanan sebelum itu selain banyak melakukan kesilapan.

“Ia pertandingan yang sangat sengit hari ini. Ling Ching mengawal sebahagian besar permainan tetapi saya bernasib baik dapat melepasinya sebagai pemenang,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas perlawanan di sini.

Meskipun lebam pada ibu jari kanan, Jin Wei berkata beliau akan memberikan aksi terbaik pada final esok.

Katanya beliau tidak meletakkan sasaran tertentu untuk kejohanan itu dan sebaliknya memilih untuk fokus pada melakukan yang terbaik dan mencapai keputusan sebaik mungkin.

Dalam perlawanan akhir perseorangan wanita esok, atlet kelahiran Pulau Pinang itu akan berdepan pemain nombor 63 dunia Devika Sihag dari India, yang membuat kejutan menewaskan pemain Taiwan, Huang Yu Hsun (ranking ke-35) 22-20, 21-13.

-Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: E-sukan platform pembinaan bakat, sahsiah belia 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.