Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penerokaan O&G Sarawak disambut baik
  • TEMPATAN

Penerokaan O&G Sarawak disambut baik

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING 28 September 2015. Interview Minister of Land Development Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing at Bangunan Baitul Makmur, Kuching, Sarawak. NSTP/Salhani Ibrahim

TAN Sri Datuk Amar James Jemut Masing

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing menegaskan bahawa kejayaan Sarawak untuk memulakan penerokaan minyak dan gas (O&G) di kawasan darat adalah disambut baik semua pihak.

Beliau menyifatkan penyerahan pajakan perlombongan minyak kepada syarikat minyak dan gas milik Sarawak Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) adalah ‘sesuatu yang ditunggu-tunggu’.

“Kita seharusnya melakukannya sejak dulu. Itu (sumber minyak dan gas) adalah milik kita, mengapa kita harus meminta orang lain untuk melakukannya,” tegasnya merujuk kepada syarikat minyak dan gas nasional Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Baharu Pusat Kejututeraan Antarabangsa (IntEC) merangkap Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sarawak, di sini semalam.

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini memaklumkan bahawa PETROS akan melakukan penerokaan minyak di kawasan darat di seluruh Sarawak.

Justeru, Kerajaan Negeri melalui PETROS, akan mempunyai kuasa dan hak pemilikan atas semua minyak dan gas asli yang dihasilkan dari kawasan darat di Sarawak.

Kerajaan Negeri telah mengeluarkan pajakan perlombongan kepada PETORS untuk melakukan perlombongan O&G di dua blok, iaitu Barat Adong Kecil di kawasan Miri dan blok Engkabang di Selatan Marudi.

Penerbitan pajakan ini adalah sah melalui Ordinan Perlombongan Minyak 1958 Negeri, yang mengatur perlombongan minyak di Sarawak, serta di bawah senarai negeri dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh Akmal Adib Yusup

Continue Reading

Previous: Pemimpin PBB disaran ketahui dasar pembangunan
Next: Wisma Saberkas ditutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.