Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penerima sumbangan ziarah kasih Agong sebak
  • NASIONAL

Penerima sumbangan ziarah kasih Agong sebak

Utusan Sarawak 5 years ago

KUANTAN, 13 Jun -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah RiÕayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bertanya khabar dengan dua beradik Orang Kurang Upaya (OKU) Tuan Azmi, 49, dan Tuan Mohd Azizi, 42, semasa mencemar duli menghadiri majlis Ziarah Kasih di Kampung Bukit Kuin Dua hari ini. Tuan Azmi dan Tuan Mohd Azizi terlantar sejak lahir akibat penyakit saraf. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bertanya khabar dengan dua beradik Orang Kurang Upaya (OKU) Tuan Azmi, 49, dan Tuan Mohd Azizi, 42, semasa mencemar duli menghadiri majlis ziarah kasih di Kampung Bukit Kuin Dua semalam. – Foto BERNAMA

KUANTAN: Keterujaan Rohani Md Nor bercerita    perihal rumah baharunya bertukar sebak apabila teringat kisah anaknya, Nor Hafiza Helmi Abu Bakar yang tidak sempat menunaikan impian menyediakan kediaman lebih selesa sebelum meninggal dunia.

Rohani, 56, berkata, anak tunggalnya yang menghidap penyakit buah pinggang sejak usia sembilan tahun dan meninggal dunia pada Disember 2017 di    usia 30 tahun, pernah memasang niat untuk membina rumah baharu di hadapan rumah pusaka keluarga mereka yang sudah uzur.   

“Beberapa bulan sebelum Helmi (panggilan anaknya) meninggal dunia, dia kerap menyebut dok dang (tak sempat) nak bagi rumah baharu… mungkin Helmi dapat rumah tiang dua (kubur) dulu,” kata wanita itu kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Kemudi, Sungai Lembing di sini semalam.

Rohani merupakan antara empat individu kurang bernasib baik di Sungai Lembing yang menerima ziarah kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang turut berkenan menyampaikan sumbangan peribadi.   

Turut berangkat menyertai ziarah itu ialah anakanda Seri Paduka berdua Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah,    Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.   

Bercerita lanjut, Rohani berkata dia pada mulanya    tidak percaya apabila dimaklumkan Jumaat lepas bahawa pasangan diraja itu bakal mencemar duli ke rumahnya    kerana beranggapan tidak mungkin ‘orang besar’ akan berbuat demikian.   

Turut menerima ziarah kasih itu ialah dua beradik Tuan Azmi Tuan Hasan, 49, dan Tuan Mohd Azizi, 42, yang terlantar akibat penyakit saraf di Bukit Kuin 2 di sini yang tinggal berdua selepas kematian ibu mereka pada tahun 1998.   

Sejak itu, tanggungjawab menguruskan dua beradik tersebut jatuh kepada anak ketiga, Tuan Azman, 47, yang berulang-alik setiap hari ke rumah pusaka keluarga mereka    beberapa kali sehari kerana dia tinggal    bersama keluarganya di Kampung Pandan Jaya di sini.   

“Abang dan adik menderita penyakit itu sejak lahir yang perlahan-lahan menyebabkan mereka kehilangan upaya untuk berdiri dan berjalan. Abang sempat bersekolah hingga tingkatan tiga manakala adik hanya setakat darjah enam,” katanya.   

Orang Kelainan Upaya (OKU), Faratun Naim Mi, 47, pula mengakui    terharu apabila Al-Sultan Abdullah secara spontan menitahkan supaya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberikan    kerusi roda baharu kepadanya selepas melihat kerusi roda yang digunakan.   

“Saya beritahu kerusi roda saya masih elok tapi baginda tetap mahu mengurniakan yang baharu. Tunku Azizah yang mendengar terus mencadangkan supaya kerusi roda asal digunakan untuk melasak manakala yang baharu dibuat melaram.   

“Saya gemuruh juga bila dimaklumkan mengenai kehadiran Seri Paduka berdua ke sini kerana bimbang jika tersalah cakap    tapi keperibadian baginda berdua yang ramah menyebabkan semua rasa itu hilang,” katanya.   

Faratun Naim berkata, Seri Paduka baginda berdua juga menasihatkannya agar terus cekal dan bersemangat selepas disembah maklum bahawa dia masih melakukan pelbagai kerja, termasuk memotong rumput walaupun berkerusi roda.    Faratun Naim berkata, dia lumpuh dari aras pinggang ke bawah selepas terlibat dalam    kemalangan motosikal pada usia 21 tahun dan kini tinggal berdua dengan ibunya, Zaleha Abdullah, 75, di Bukit Kuin

Continue Reading

Previous: Guru pemenang cabutan SSPN i-Plus 2019
Next: Masuk Sarawak seperti biasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.