Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penerima SARA diminta buat laporan polis jika MyKad disalah guna
  • SEMASA

Penerima SARA diminta buat laporan polis jika MyKad disalah guna

Utusan Sarawak 15 hours ago
ORANG ramai menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membeli barangan keperluan beratur di kaunter pembayaran di Pasaraya Mydin, baru-baru ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mendapati MyKad mereka disalah guna diminta segera membuat laporan polis bagi membolehkan baki bantuan dikembalikan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata baki sumbangan akan dipulangkan kepada penerima yang terlibat selepas siasatan mengesahkan penyalahgunaan tersebut.

Beliau berkata Kementerian Kewangan (MOF) bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian serta memastikan hak penerima dikembalikan selepas laporan polis dibuat.

“SARA ialah hak rakyat, dan kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana penerima yang layak teraniaya akibat isu teknikal atau penyalahgunaan identiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifuddin Nasution berkata JPN dan MOF kini bekerjasama menyelesaikan isu teknikal berkaitan pengesahan dan keselamatan MyKad bagi memastikan penyaluran subsidi bersasar seterusnya dapat dijalankan tanpa masalah.

Antara langkah penambahbaikan sedang dilaksanakan termasuk pemadanan data MyKad secara berkala, semakan versi kad bagi mengelak penebusan palsu serta peningkatan keselamatan infrastruktur digital JPN.

“Kerajaan MADANI komited memastikan pelaksanaan subsidi bersasar berjalan secara telus, selamat dan adil. KDN bersama MOF terus menambah baik sistem pengesahan identiti dan keselamatan data agar setiap sen bantuan disalurkan kepada rakyat yang layak tanpa gangguan, penyelewengan atau kehilangan hak,” katanya.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak kukuh di landasan, sasar jadi Bintang Asia Tenggara – Premier Sarawak
Next: Rasmi: Sikie Tayai menang jawatan Presiden PRS 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.