Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penerima bantuan TBS dinasihat berhemah sempena Ramadan dan Aidilfitri
  • Utara
  • WILAYAH

Penerima bantuan TBS dinasihat berhemah sempena Ramadan dan Aidilfitri

Utusan Sarawak 5 hours ago
BERJIMAT…. Nor Nadiah ketika meraikan asnaf yang hadir di majlis iftar dan penyerahan sumbangan kepada golongan memerlukan di Lawas.

LAWAS: Para penerima bantuan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dinasihat supaya berhemah dalam perbelanjaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

Ketua Bahagian TBS Limbang, Nor Nadiah Abas, memberitahu bahawa ramai golongan asnaf bakal menerima pelbagai sumbangan daripada TBS serta pihak-pihak yang prihatin sepanjang Ramadan ini.

Oleh itu, katanya, mereka digalakkan merancang dengan baik penggunaan semua sumbangan yang diterima supaya dapat dimanfaatkan sepanjang bulan-bulan akan datang.

“Kita sedar ramai telah dan akan menerima sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuk golongan dermawan, sepanjang bulan puasa ini.

“Oleh itu, kita tidak seharusnya berbelanja boros dan perlu merancang perbelanjaan untuk bulan-bulan mendatang yang dijangka mencabar,” katanya pada majlis iftar yang diadakan di sebuah restoran di Lawas petang semalam.

Katanya, pihak TBS juga sedang dalam proses mengkreditkan bantuan bulanan kepada penerima secara berperingkat.

Tambahnya, mereka dinasihatkan bersabar dan sentiasa menyemak akaun masing-masing bagi memastikan bantuan yang sedang diproses telah diterima.

Seramai 18 keluarga asnaf di Lawas hadir RM14, 950 bantuan kewangan daripada TBS telah diserahkan kepada 18 keluarga pada majlis berkenaan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masjid baharu Kampung Tebaang pemangkin pembangunan rohani dan sosial
Next: TBS santuni asnaf melalui Program Kasih Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.