Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penerima bantuan Sejambak Kasih gembira, beban persiapan Aidilfitri diringankan
  • Utara
  • WILAYAH

Penerima bantuan Sejambak Kasih gembira, beban persiapan Aidilfitri diringankan

Utusan Sarawak 9 hours ago
 Lamudin Kassim, 51.

MIRI: Bantuan menerusi program Sejambak Kasih sempena Aidilfitri membawa kegembiraan kepada para penerima apabila ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka membuat persiapan menjelang sambutan perayaan itu.

Seorang penerima, Lamudin Kassim, 51, berkata, sumbangan yang diterimanya amat bermakna kerana dapat membantu mengurangkan perbelanjaan bagi membuat persiapan Hari Raya.

Menurutnya, bantuan tersebut memberi kelegaan kerana kos keperluan harian dan persiapan perayaan semakin meningkat.

“Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban kami untuk membuat persiapan Aidilfitri nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak selepas  Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2026 yang berlangsung di sini hari ini.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah. 

Sementara itu, seorang lagi penerima,Fatimah Laip, 77, turut menzahirkan rasa syukur atas bantuan yang diterimanya.

Fatimah Laip, 77.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih atas bantuan yang diberikan. Ia memang banyak membantu dan meringankan beban,” ujarnya.

Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat  itu bertujuan meringankan beban kewangan serta menceriakan golongan penerima bantuan yang akan menyambut  Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Majlis berkenaan turut mendapat sokongan pihak Dynasty Hotel yang menaja penggunaan fasiliti hotel secara percuma bagi penganjuran program tersebut.

Selain itu, pihak hotel turut menyumbang hamper berbentuk bahan makanan bernilai RM150 setiap satu kepada 150 penerima bantuan yang hadir.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemuda PBB Bukit Sari santuni komuniti di Surau Kampung Lakutan
Next: 500 pek bubur lambuk diagih kepada penduduk Usahajaya Baru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.