Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penerbangan pengungsian RSAF Singapura dari Jeddah turut bantu warga asing
  • GLOBAL

Penerbangan pengungsian RSAF Singapura dari Jeddah turut bantu warga asing

Utusan Sarawak 5 hours ago

SINGAPURA: Warga asing yang terkandas di Asia Barat antara yang menyertai penerbangan pengungsian kedua oleh pesawat Pengangkut Tangki Pelbagai Peranan (MRRT) A330 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) yang tiba di sini, pada Jumaat.

Kementerian Pertahanan (Mindef) memaklumkan selepas menempatkan warga Singapura yang berdaftar dalam penerbangan pengungsian terbaharu dari Jeddah, Arab Saudi, baki tempat duduk ditawarkan kepada warga Australia, Brunei, Indonesia, Filipina, Sri Lanka dan Vietnam.

“Ini adalah atas semangat solidariti, sama seperti negara lain yang telah membantu rakyat Singapura pulang ke tanah air dalam krisis sebelum ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kementerian itu menyatakan pesawat MRTT RSAF mendarat di Lapangan Terbang Changi pada 5.59 pagi, membawa 81 warga Singapura, tanggungan mereka dan warga asing.

Penerbangan pengungsian pertama RSAF MRTT yang membawa 218 warga Singapura dan tanggungan mereka dari Riyadh tiba di Singapura pada Rabu. 

Sepanjang dua pengerahan MRTT RSAF ke Arab Saudi, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berjaya membantu 299 rakyat Singapura dan tanggungan mereka pulang dari Asia Barat.

“Mindef dan SAF sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan rakyat Singapura,” tambahnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Krisis Asia Barat: Bangladesh import diesel dari Malaysia, Singapura, India
Next: Australia umum sambut Aidilfitri Jumaat depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.