Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PENERBANGAN IHSAN… bayi, kanak-kanak masalah jantung
  • TEMPATAN

PENERBANGAN IHSAN… bayi, kanak-kanak masalah jantung

Utusan Sarawak 4 years ago
SELAMAT TIBA … Pesakit tiba di Pangkalan Udara Subang dan disambut menggunakan ambulans.

KUCHING: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang kanak-kanak lelaki dan bayi perempuan bagi mendapatkan menjalani pembedahan jantung dengan segera di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

Menerusi satu kenyataan rasmi TUDM, penerbangan ihsan menggunakan pesawat angkut C130H tersebut telah berlepas dari Kuching pada jam 1.36 petang dan selamat tiba di Subang pada jam 3.39 petang.

“Penerbangan ini bertujuan membawa dua orang pesakit, iaitu Faaed Faizal, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan seorang bayi perempuan, Dollyn Ting Xiang Ling yang berusia dua bulan.

“Faaed dilaporkan mengalami masalah jantung ‘Severe Mitral Regurgitation On Non-Invasive Ventilation’, manakala Dollyn pula dilaporkan mengalami masalah ‘Large Ventricular Septal Defect, Severe Coarctation Of Aorta’.

“Kedua-dua pesakit yang sebelumnya mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) ini perlu diterbangkan ke IJN bagi menjalani pembedahan segera di sana (IJN),” katanya.

Oleh AKMAL ADIB YUSUP

Continue Reading

Previous: RM120 juta naik taraf sistem saliran
Next: Penduduk Kapit dinasihat elak pembelian panik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.