Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penerbangan EY416 bagi laluan Abu Dhabi–Phuket alami turbulens, beberapa penumpang cedera
  • GLOBAL

Penerbangan EY416 bagi laluan Abu Dhabi–Phuket alami turbulens, beberapa penumpang cedera

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto AGENSI

BANGKOK: Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand menerima makluman pada pagi tadi bahawa Penerbangan EY416 Etihad Airways, dalam perjalanan dari Abu Dhabi ke Phuket, mengalami turbulens kuat, mengakibatkan beberapa penumpang cedera, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Pihak berkuasa Lapangan Terbang Phuket segera melancarkan usaha penyelarasan dan bersiap sedia untuk operasi menyelamat kecemasan. Pesawat tersebut kemudiannya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket pada 11.51 pagi waktu tempatan.

Pegawai lapangan terbang mengesahkan bahawa tiada penumpang yang mengalami kecederaan serius sehingga memerlukan rawatan di hospital, dan semua penumpang telah meninggalkan lapangan terbang ke tempat penginapan masing-masing.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 2025 tahun ketiga terpanas dalam rekod – Agensi Iklim
Next: Indonesia henti pengedaran, gantung sementara import susu formula Nestle 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.