Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penerbangan bawa pulang rakyat Perancis berpatah balik akibat tembakan roket
  • GLOBAL

Penerbangan bawa pulang rakyat Perancis berpatah balik akibat tembakan roket

Utusan Sarawak 6 hours ago

PARIS: Satu penerbangan Air France yang berlepas ke Dubai untuk membawa pulang rakyat Perancis yang terkandas terpaksa berpatah balik akibat tembakan roket di rantau rantau Asia Barat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Situasi ini menunjukkan ketidakstabilan di rantau itu serta kerumitan usaha repatriasi,” kata Menteri Pengangkutan Perancis Philippe Tabarot pada Khamis. Kerajaan menyewa pesawat itu untuk membawa rakyat Perancis pulang ke Paris.

“Kami sedar hak rakyat kami di lapangan, namun kepulangan mereka hanya boleh diusahakan dalam keadaan keselamatan yang terjamin,” katanya.

Air France sebelum itu mengumumkan penerbangan itu pada sebelah petang, yang dirancang dengan kerjasama Kementerian Luar.

“Disebabkan situasi keselamatan semasa di destinasi, penerbangan repatriasi ini digantung,” kata Air France beberapa jam kemudian. “Keselamatan pelanggan dan anak kapal kami adalah keutamaan.”

Menurut Menteri Luar Perancis Jean‑Noel Barrot dalam wawancara dengan stesen penyiar TF1, kira-kira 5,000 rakyat Perancis ingin meninggalkan rantau Asia Barat. Daripada jumlah itu, 750 orang sudah berjaya dibawa pulang.

Penerbangan membawa pulang rakyat Perancis dari kawasan krisis itu adalah yang keempat dan tiba di bandar Orleans pada Khamis. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Pesawat tentera udara India alami nahas di negeri Assam, India
Next: Enam maut, kediaman perawatan runtuh di Brazil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.