Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penerbangan 50 minit jadi 4 jam, Anthony Loke puji profesionalisme kru AirAsia
  • SEMASA

Penerbangan 50 minit jadi 4 jam, Anthony Loke puji profesionalisme kru AirAsia

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANTHONY Loke merakamkan penghargaan kepada juruterbang bersama Bryan Alexander Yin Kian Yam, Ketua Kru Kabin Muhammad Asyraf Muhammad Nasrullah serta kru Mandasari Nikita Florensia, Bagus Setyadi Nugroho dan Norjuniza Muhammad atas dedikasi mereka.
-Foto Facebook Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendedahkan pengalaman beliau menaiki penerbangan AK6047 dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur yang sepatutnya hanya mengambil masa 50 minit tetapi terpaksa mengambil masa hampir empat jam ekoran cuaca buruk.

Menurut beliau, penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Senai pada 10.45 malam selepas beliau menghadiri majlis makan malam kutipan dana DAP Johor. Namun, semasa pesawat memasuki ruang udara KLIA, ia berdepan cuaca tidak menentu termasuk awan tebal, ribut petir serta angin lintang yang kuat.

“Ketika menghampiri landasan, juruterbang terpaksa membatalkan pendaratan dan berlegar di ruang udara KLIA disebabkan keadaan cuaca yang berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau dimaklumkan bahawa sekurang-kurangnya lima penerbangan AirAsia turut terpaksa dilencongkan pada malam sama.

Bagi memastikan keselamatan penumpang, Kapten penerbangan, Teng Huah Jer mengambil keputusan untuk mengalihkan penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi mengisi bahan api sebelum kembali ke KLIA setelah keadaan cuaca kembali stabil.

Anthony Loke memuji tindakan profesional Kapten dan kru penerbangan yang bukan sahaja menangani situasi dengan tenang malah sentiasa memberikan maklumat terkini kepada penumpang.

“Komunikasi yang jelas dan tenang daripada Kapten memainkan peranan penting dalam menenangkan semua penumpang. Kru kabin juga kekal berdisiplin, prihatin dan profesional sepanjang insiden,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada juruterbang bersama Bryan Alexander Yin Kian Yam, Ketua Kru Kabin Muhammad Asyraf Muhammad Nasrullah serta kru Mandasari Nikita Florensia, Bagus Setyadi Nugroho dan Norjuniza Muhammad atas dedikasi mereka.

Belaiu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas darat, pengawal trafik udara serta kakitangan sokongan di Senai, Pulau Pinang dan KLIA yang bertindak pantas dan cekap dalam memastikan keselamatan semua penumpang.

Pesawat akhirnya mendarat dengan selamat di KLIA pada 2.40 pagi.

Sebagai tanda penghargaan, Anthony Loke memaklumkan bahawa beliau menunggu semua penumpang keluar dahulu sebelum meninggalkan pesawat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Patuhi langkah kesihatan, pastikan ibadah Tawaf lancar
Next: Projek Adahi Arab Saudi proses lebih 287,067 ternakan korban Aidiladha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.