Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penemuan gas pemangkin pembangunan
  • TEMPATAN

Penemuan gas pemangkin pembangunan

Utusan Sarawak 4 years ago
PENEMUAN GAS BALINGIAN … Dipetik dari berita TV3 pada 1.30 petang Rabu lepas.

BALINGIAN: Penemuan gas di perairan cetek daerah kecil Balingian telah menggembirakan penduduk tempatan yang percaya ia sebagai pemangkin kepada pembangunan kawasan ke tahap yang lebih pesat lagi.

Dan sememangnya Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi juga turut teruja  dengan perkhabaran terkini tersebut.

Beliau mengharapkan ia akan memberi impak yang amat postif tentang pembangunan di daerah kecil itu dan kawasan sekitar.

“PETRONAS telahpun mengaut hasil yang begitu besar sejak penemuan minyak dan gas di Daerah Balingian sejak berpuluh tahun dan menyumbang kepada hasil negara. Maka adalah amat bertepatan untuk PETRONAS turut membangun pekan kecil Balingian ini,”  katanya.

Yakub yang dihubungi Utusan Sarawak pada petang semalam juga percaya ia akan  memberi impak terhadap ekonomi dan pembangunan kawasan beliau itu.

Justeru, wakil rakyat itu berharap pelantar-pelantar minyak akan dibina di sana untuk mencetus dan mempergiatkan lagi pelbagai aktiviti di Balingian.

“Saya percaya pembinaan pelantar-pelantar minyak di kawasan Balingian boleh merancakkan industri berkenaan dan juga menyumbang kepada pembangunan dalam bidang lain yang berkaitan,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa  seandainya pelantar itu ada berdekatan, ia juga akan memerlukan  perkampungan pekerja dan jeti pendaratan ke pelantar berhampiran kawasan yang diterokai sebagai usaha kearah penambahan jumlah penduduk.

“Sebagai mana yang kita semua sedia maklum Petronas ini juga terkenal dengan program-program  tanggungjawab (CSR-Corporate Social Responsibility)  bersama masyarakat. Jadi saya percaya mereka boleh  membantu membina fasiliti awam termasuk kemudahan tambahan di Stadium Mini Balingian dan Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Balingian yang kini  dalam perancangan,”  tambah beliau lagi.

Demi untuk kelestarian industri minyak dan gas (oil & gas) tempatan, Yakub juga menaruh harapan bahawa suatu hari nanti  sebuah pusat latihan industri berkaitan minyak dan gas akan diwujudkan di kawasannya itu.

“Dan juga sekiranya ini berjalan lancar kelak seperti kita semua impikan, mungkin LPG  Processing Plant di Kawasan  Perindustrian Matadeng  juga berperanan sebagai usaha membuka peluang pekerjaan kepada anak Sarawak dan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi setempat,”  kata Yakub.

Pada masa yang sama beliau juga mendedahkan bahawa Petronas turut menyumbang dana tahunan RM50,000 kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Balingian (LAKIB).

Harapan-harapan itu tercetus apabila Petronas Nasional Bhd. mengumumkan penemuan gas di telaga cari gali ‘wildcat’ Kulintang-1, Blok SK438, yang terletak di perairan cetek daerah kecil Balingian, kira-kira 230 kilometer dari pesisir Miri.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Menangani kontroversi
Next: Penghuni Taman Seroja Indah terima bantuan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.