Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penemuan ‘air-raid shelter’ penuh misteri
  • TEMPATAN

Penemuan ‘air-raid shelter’ penuh misteri

Utusan Sarawak 5 years ago
MENINJAU… Datuk Sebastian Ting bersama sekumpulan pendaki meninjau ke lokasi penemuan terowong di Bukit Kanada di Miri, semalam.

MIRI: Jika sebelum ini warga Miri kecoh dengan penemuan cecair dipercayai gas asli di bekas telaga minyak dan air terjun buatan manusia di Bukit Kanada, kini dikejutkan pula dengan penemuan terowong tempat perlindungan dari serangan udara (air-raid shelter) di kaki berkenaan, di sini semalam.

Ketinggian terowong kira-kira 6 kaki itu dipercayai peninggalan tentera Jepun untuk dijadikan sebagai tempat berlindung sekiranya berlaku pengeboman pada Perang Dunia Kedua dahulu yang mana mampu menampung 10 hingga 13 orang.

Penemuan  terowong  itu  menarik  perhatian  Menteri Muda Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew untuk  melihat sendiri dengan lebih  dekat  terowong  berkenaan. 

Semalam, Ting bersama sekumpulan pendaki, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan pihak Muzium Petroleum Miri mengadakan tinjauan ke lokasi Bukit Kanada bagi melihat sendiri terowong itu.

Bercakap kepada pemberita, Ting berkata, satu papan tanda mengenai terowong berkenaan akan dipasang di tapak berkenaan.

“Asal-usul kewujudan terowong ini masih menjadi misteri. Oleh itu, kita serahkan kepada Jabatan Muzium Sarawak untuk menjalankan siasatan lebih lanjut untuk mengenal pasti sejarahnya,” katanya.

Katanya, terowong berkenaan berpotensi dijadikan produk pelancongan baharu di Miri.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mengunjungi tapak berkenaan supaya tidak melakukan kegiatan vandalisme seperti menconteng dan mengorek terowong berkenaan.

Hadir sama Pemangku Residen Bahagian Miri, Abdul Aziz Mohd Yusuf. 

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Covid-19 bukan alasan tangguhkan PRU15
Next: ‘Bujang Berani’ disemadikan di Makam Pahlawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.