Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penempatan ‘in situ’ Kampung Pasir selesai isu tanah penduduk
  • WILAYAH

Penempatan ‘in situ’ Kampung Pasir selesai isu tanah penduduk

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (tiga dari kanan) semasa melawat mangsa kebakaran di Pusat Penempatan Sementara di Persatuan Bulat Sabit Merah di Miri, hari ini.

MIRI: Isu pemilikan tanah yang sekian lama membelenggu penduduk Kampung Pasir di sini akhirnya menemui titik penyelesaian apabila kerajaan Sarawak meluluskan pelan penempatan semula secara ‘in situ’, sekali gus membolehkan penduduk kekal di lokasi sedia ada dengan status tanah yang sah.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, keputusan itu disifatkan sebagai satu langkah bersejarah yang akan menamatkan ketidakpastian tanah yang dihadapi komuniti tersebut sejak sekian lama.

Menurutnya, pelan tersebut telah diluluskan kerajaan negeri pada 13 Mac lalu dan kini selesai melalui proses pemeteraian, manakala langkah seterusnya adalah pewartaan kawasan sebagai rizab kampung kerajaan bagi melindungi hak penduduk.

“Dengan pewartaan ini, penduduk bukan sahaja tidak perlu berpindah, malah akan diberikan hak milik tanah secara rasmi,” katanya menerusi satu kenyataan selepas melawat mangsa kebakaran di Pusat Penempatan Sementara di Persatuan Bulat Sabit Merah di sini.

Berdasarkan rekod Jabatan Tanah dan Survei, terdapat 304 isi rumah melibatkan 282 rumah di kawasan berkenaan.

 Daripada jumlah itu, 197 isi rumah berada dalam kawasan perancangan dan akan kekal, manakala 107 isi rumah yang terletak di luar garisan merah serta tebing sungai akan dipindahkan secara berperingkat ke kawasan perancangan.

Ting berkata, kerajaan negeri turut memperuntukkan kira-kira 14.83 hektar kawasan di Kampung Pasir, Lutong sebagai rizab kampung kerajaan.

Tambahnya, majoriti penduduk yang menetap sejak 1980-an, termasuk komuniti Iban yang membentuk kira-kira 274 isi rumah, sebelum ini berdepan kekangan pembangunan berikutan status tanah yang tidak sah.

“Dengan penyelesaian ini, kerajaan dapat melaksanakan pembangunan infrastruktur secara terancang termasuk bekalan air dan elektrik yang lebih sempurna bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bahawa 10 keluarga yang terjejas dalam kebakaran pada 19 Mac lalu akan diberi keutamaan bantuan penempatan semula serta layak menerima bantuan pembinaan semula rumah sehingga kira-kira RM85,000 bagi setiap isi rumah.

Katanya, Pejabat Daerah akan menjalankan proses pengesahan dan penilaian data isi rumah bagi memastikan pengagihan dibuat secara adil dan teratur.

Selain itu, JTS Miri juga akan mengadakan sesi dialog bersama penduduk bagi memberi penjelasan lanjut serta mendapatkan maklum balas berhubung pelaksanaan pelan tersebut.

Beliau menegaskan, pelan penempatan semula secara in-situ ini bukan sahaja membolehkan penduduk terus menetap di kawasan asal, malah menjadi langkah penting kerajaan dalam menyelesaikan isu tanah bersejarah serta menjamin masa depan komuniti Kampung Pasir yang lebih stabil dan mampan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Buaya 2.5 meter ‘tumpang’ rumah belum siap di Miri
Next: Jambatan Batang Paloh dijangka siap September ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.