Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penembak bekas PM Jepun Shizo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • GLOBAL

Penembak bekas PM Jepun Shizo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup

Utusan Sarawak 3 hours ago
TETSUYA Yamagami, suspek pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, diiringi pegawai polis ketika dibawa ke pejabat pendakwa raya di Balai Polis Nara-nishi, Nara, barat Jepun, dalam gambar yang diambil oleh Kyodo pada 10 Julai 2022. Foto fail AGENSI

TOKYO: Tetsuya Yamagami, lelaki yang menembak mati bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada 2022, memfailkan rayuan pada Rabu terhadap hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atasnya, lapor Xinhua.

Mahkamah Daerah Nara pada 21 Januari lepas menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Yamagami, 45, yang disabitkan kesalahan membunuh dan beberapa pertuduhan lain kerana menembak Abe menggunakan senjata api buatan sendiri pada Julai 2022 ketika bekas pemimpin itu sedang menyampaikan ucapan dalam satu kempen pilihan raya di sebatang jalan di Nara.

Keputusan itu menolak hujah peguam bela bahawa cara defendan dibesarkan dalam keadaan sukar perlu diambil kira dalam menentukan hukuman.

Masaaki Furukawa, seorang daripada peguam Yamagami, berkata keputusan untuk memfailkan rayuan dibuat selepas perbincangan dengan defendan bagi mendapatkan semakan dan kemungkinan pembetulan terhadap keputusan awal, lapor Asahi Shimbun.

Yamagami sebelum ini mengaku membunuh Abe semasa perbicaraan di Mahkamah Daerah Nara, dengan menyatakan bahawa dia melakukan jenayah itu kerana berdendam dengan Gereja Penyatuan selepas keluarganya terjerumus ke dalam masalah kewangan serius akibat sumbangan besar ibunya kepada kumpulan keagamaan berkenaan, yang dipercayainya mempunyai hubungan rapat dengan Abe dan ahli politik Jepun lain.

Pihak pembelaan Yamagami sebelum ini memohon hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, dengan berhujah bahawa defendan merupakan mangsa kumpulan agama dan dibesarkan dalam suasana “tragis”  yang mendorongnya untuk membunuh Abe.

Bagaimanapun, mahkamah menegaskan bahawa meskipun cara defendan dibesarkan dalam keadaan sukar, ia tidak mewajarkan pengurangan hukuman secara ketara.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.