Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penembak bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dihukum penjara seumur hidup
  • GLOBAL

Penembak bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dihukum penjara seumur hidup

Utusan Sarawak 3 hours ago
ORANG ramai beratur untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan prosiding mahkamah bagi perbicaraan insiden tembakan yang melibatkan bekas perdana menteri Shinzo Abe, di mana keputusan akan dijatuhkan di Mahkamah Daerah Nara di Nara, Wilayah Nara hari ini. Foto AFP

NARA (Jepun): Mahkamah Jepun pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada lelaki yang didakwa menembak mati bekas Perdana Menteri Shinzo Abe pada 2022 dalam kes yang mendedahkanĀ permohonan derma agresif Gereja Penyatuan dan hubungan politiknya, lapor Agensi Berita Kyodo.

Pihak pendakwa raya menuntut hukuman penjara seumur hidup ke atas Tetsuya Yamagami, 45, yang mengaku membunuh Abe dengan senjata api buatan tangan semasa pemimpin itu berucap di bandar Nara, barat Jepun serta menyifatkan perbuatan tersebut sebagai “jenayah yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah pascaperang negara.”

Semasa perbicaraan Yamagami di Mahkamah Daerah Nara, yang menggunakan sistem hakim awam, peguamnya berhujah bahawa tempoh pemenjaraan tidak boleh melebihi 20 tahun.

Mereka mendakwa bahawa Yamagami ialah mangsa kumpulan agama itu serta dibesarkan dalam suasana tragis yang telah mendorongnya untuk membunuh Abe.

Defendan berkata dia berdendam dengan Gereja Penyatuan disebabkan keluarganya terjerumus ke dalam masalah kewangan serius susulan sumbangan besar ibunya kepada kumpulan agama itu, dengan pembayaran berjumlah 100 juta yen (AS$633,000).

Dia berkata dia percaya Abe, yang berusia 67 tahun ketika ditembak, ialah “individu utama dalam penglibatan politik Gereja Penyatuan” di Jepun.

Abe, yang merupakan perdana menteri Jepun paling lama berkhidmat, kekal sebagai pemimpin politik berpengaruh walaupun selepas meletakkan jawatan pada 2020.

Sebanyak 685 orang beratur pada sebelah pagi untuk mencabut undi bagi merebut 31 kerusi awam di ruang mahkamah dalam perbicaraan berprofil tinggi itu.

Susulan pendedahan kegiatan mengutip derma yang merosakkan oleh Gereja Penyatuan itu daripada ahlinya, satu siasatan kerajaan dilancarkan yang membawa kepada perintah Mahkamah Daerah Tokyo ke atas gereja itu supaya dibubarkan dan dilucutkan faedah cukai sebagai perbadanan agama.

Undang-undang digubal pada Disember 2022 untuk mengawal selia taktik pengumpulan dana manipulatif oleh organisasi kerana penderitaan anak-anak ahli Gereja Penyatuan yang dirujuk sebagai pengikut “generasi kedua” telah menarik perhatian masyarakat.

Hubungan gereja dengan penggubal undang-undang Parti Demokratik Liberal yang memerintah semakin meraih perhatian termasuk beberapa orang dilaporkan menerima sokongan semasa kempen pilihan raya. – Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Russell Brand hadir perbicaraan dalam talian atas pertuduhan dua lagi kesalahan seksual
Next: Bekas PM Korea Selatan Han dihukum penjara 23 tahun atas peranan utama dalam pemberontakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.