Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penebangan pokok tua di Sibu cetus rasa kecewa MPS
  • Tengah
  • WILAYAH

Penebangan pokok tua di Sibu cetus rasa kecewa MPS

Utusan Sarawak 1 day ago
BEGINILAH KEADAAN….Antara pokok besar di Persiaran Brooke yang ditebang terus tanpa dimaklumkan kepada pihak MPS.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) kecewa dengan tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) menebang pokok besar di tiga lokasi utama tanpa memaklumkan kepada pihak majlis.

Antara lokasi pokok yang ditebang adalah di Persiaran Brooke, Jalan Deshon dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Pengerusinya, Clarence Ting berkata, tindakan itu bukan sahaja mengejutkan pihak majlis, malah menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat yang menyangka MPS bertanggungjawab.

“Banyak maklum balas negatif diterima daripada orang awam yang beranggapan penebangan itu dilakukan oleh pihak majlis.

“Saya ingin tegaskan, MPS tidak pernah menebang pokok, sebaliknya hanya melakukan kerja mencantas demi faktor keselamatan.

“Namun kali ini, JKR telah menebang pokok-pokok berusia puluhan tahun. Saya sendiri amat terkejut dan kecewa kerana ada antaranya masih dalam keadaan baik dan sudah lebih 30 tahun ditanam,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat penuh bulanan MPS, hari ini.

Katanya, apa yang lebih merisaukan ialah tunggul pokok yang ditinggalkan berisiko mendatangkan bahaya kepada orang awam jika tidak diuruskan dengan betul.

“Saya telah minta agar akar pokok itu turut digali keluar atau menggunakan kaedah lain seperti pembakaran terkawal pada batang pokok. Jika tidak, ia boleh merosakkan parit bertutup dan struktur sekeliling,” ujarnya.

Menurutnya, penanaman pokok Tecoma (sakura) di Sibu dilakukan bekas ahli majlis MPS, Kaunselor Oliver Kuo pada tahun 1990-an.

“Pokok tersebut sudah menghiasi bandar ini lebih tiga dekad dan sepatutnya dijaga. Justeru, saya amat kecewa kerana ia ditebang begitu sahaja,” katanya lagi.

Beliau berharap pada masa akan datang, sebarang keputusan untuk menebang pokok besar dimaklumkan kepada pihak majlis agar penjelasan tepat dapat diberikan kepada orang awam.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: 400 pelajar sertai ceramah kesedaran dadah anjuran AADK Miri
Next: Access road needed for families in Lorong Kedandi, says DAP Aide George Lam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.