Penduduk warga emas Jepun cecah rekod tertinggi

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TOKYO: Bilangan penduduk Jepun berumur 65 tahun ke atas mencecah rekod tertinggi 36.25 juta orang tahun ini, ketika negara itu mula menerima hakikat ia dihuni golongan warga tua paling ramai di dunia, dengan jumlahnya semakin meningkat.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi, warga tua kini menyumbang 29.3 peratus daripada jumlah penduduk Jepun, yang menjadi antara kadar tertinggi baharu.

Kementerian itu berkata, kadar penduduk warga emas meletakkan Jepun di bahagian teratas senarai 200 negara dan wilayah dengan penduduk lebih 100,000 orang.

“Jepun sedang menghadapi krisis penduduk yang semakin memburuk kerana warga emasnya yang semakin meningkat membawa kepada kos perubatan dan kebajikan yang melambung, dengan tenaga buruh semakin berkurangan untuk membayarnya.

“Penduduk keseluruhan negara menyusut sebanyak 595,000 orang kepada 124 juta,” menurut data baharu kerajaan.

Sementara itu, Itali, Portugal, Greece, Finland, Jerman dan Croatia mewakili Eropah dalam 10 teratas, dengan kadar warga tua lebih 20 peratus manakala Korea Selatan berada pada 19.3 peratus dan China 14.7 peratus.

Data itu juga menunjukkan bahawa 9.14 juta warga emas bekerja pada 2023, yang disifatkan sebagai satu rekod juga.

Mereka mewakili 13.5 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja atau nisbah seorang pekerja dalam tujuh. – AFP

Getah rambut Haaland habis dijual

PRODUK getah rambut Kknekki keluaran Dooji Co. yang direka khas untuk Erling Haaland dan mencetuskan permintaan tinggi selepas dipakainya pada

Dua maut dalam nahas helikopter di Kanada

VANCOUVER: Dua maut pada Selasa selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan terpencil di luar pantai British Columbia, Kanada, menurut media tempatan,