Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk terjejas diminta salur maklumat kepada JPBD Limbang
  • WILAYAH

Penduduk terjejas diminta salur maklumat kepada JPBD Limbang

Utusan Sarawak 7 hours ago
CSR BERTERUSAN… Pengarah Urusan Persafe Plantation Sdn Bhd, Peru Balan Ding dan wakil Pegawai Daerah Limbang, Mariati Samatpada Program Penyerahan Sumbangan Persafe Plantation Sdn Bhd Hujung Tahun kepada para penerima, hari ini.

LIMBANG: Penduduk di kawasan terjejas bencana dan terputus hubungan diminta supaya segera menyalurkan maklumat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Limbang serta kampung berhampiran bagi membolehkan tindakan bantuan dan penyelamatan dilaksanakan dengan segera.

Wakil Pegawai Daerah Limbang, Mariati Samat, berkata perkara itu penting bagi memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, khususnya di kawasan yang terputus hubungan.

Beliau yang juga Timbalan Pegawai Daerah Limbang berkata, setakat ini tiada kawasan di daerah tersebut dilaporkan berdepan masalah banjir atau terjejas akibat bencana.

“Setakat ini, kami belum menerima sebarang laporan kejadian banjir yang memerlukan tindakan penyelamatan segera.

“Sekiranya berlaku, pihak JPBD Limbang akan segera mengaktifkan operasi menyelamat bagi membantu mereka yang terjejas.

“Kami berdepan kekangan dari segi komunikasi kerana terdapat beberapa kawasan yang terputus hubungan. Justeru, orang ramai diminta memaklumkan kepada kampung berhampiran bagi memastikan bantuan dapat disalurkan ke kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penyerahan Sumbangan Persafe Plantation Sdn Bhd Hujung Tahun kepada para penerima hari ini.

SUMBANGAN KRISMAS… (paling kiri) Pengarah Urusan Persafe Plantation Sdn Bhd, Peru Balan Ding menyerahkan replika sumbangan cek bernilai RM2,000 kepada Gereja BEM Kampung Pundut sambil disaksikan (kedua dari kiri) wakil Pegawai Daerah Limbang, Mariati Samat.

Turut hadir Pengarah Urusan Persafe Plantation Sdn Bhd, Peru Balan Ding.

Terdahulu, beliau memuji Persafe Plantation Sdn Bhd kerana kekal melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Katanya, usaha tersebut bukan sahaja melibatkan program pembangunan kelapa sawit, malah mampu meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat.

Menurutnya, inisiatif itu sejajar dengan usaha kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah Limbang yang menghargai sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta dalam memajukan sosioekonomi serta tidak melupakan komuniti setempat, khususnya di kawasan Lubai.

Program pembangunan kelapa sawit di kawasan Lubai di bawah Persafe Plantation Sdn Bhd merupakan model pembangunan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang berjaya melalui kerjasama strategik, apabila tanah yang dahulunya terbiar kini diusahakan menjadi aset ekonomi yang memberikan pulangan tunai tahunan kepada penduduk setempat.

Selain sumbangan perayaan, Persafe Plantation Sdn Bhd turut menyampaikan bayaran sewa tanah tahunan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pundut.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Serian tingkat kesedaran komuniti terhadap risiko bencana susulan tanah runtuh
Next: Chong Chieng Jen sambut baik bayaran balik kepada kumpulan pertama mangsa penipuan dilakukan pegawai bermasalah BSN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.