Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk terjejas bencana di Limbang diminta salur maklumat kepada JPBD
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk terjejas bencana di Limbang diminta salur maklumat kepada JPBD

Utusan Sarawak 6 hours ago
BENCANA…Dr Abdul Rahman bersama pelbagai agensi penguat kuasa dan jawatankuasa bencana Daerah Limbang meninjau keadaan rumah panjang Sengat, Batu 8 Jalan Kubong, Limbang yang terjejas kebakaran.

LIMBANG: Penduduk di kawasan terjejas bencana, khususnya ketika musim kemarau, diminta menyalurkan maklumat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Limbang bagi memudahkan penyelarasan bantuan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata maklumat tersebut penting bagi memastikan agensi berkaitan dapat menyalurkan bantuan dengan lebih cepat dan berkesan, terutama kepada kawasan yang terjejas akibat cuaca kering ketika ini.

“Bantuan bagi bencana seperti kebakaran adalah tanggungjawab jawatankuasa bencana di peringkat negeri, bahagian dan daerah. Semua jawatankuasa ini telah diaktifkan dengan penglibatan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta lain-lain.

“Sekiranya masyarakat mengalami kesusahan seperti kekurangan air, mereka boleh melaporkan kepada jawatankuasa bencana dan tindakan segera akan diambil,” katanya ketika menyantuni mangsa kebakaran di Rumah Sengat, Batu 8, Jalan Kubong, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sentiasa bersiap siaga untuk menyalurkan bantuan segera kepada rakyat yang berdepan musibah, khususnya sepanjang musim kemarau dan cuaca panas berterusan.

Menurutnya, kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal kebajikan rakyat.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada agensi kerajaan, pasukan keselamatan serta penduduk kampung yang membantu melancarkan urusan penyaluran bantuan kepada mangsa bencana.

Katanya, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan keselamatan, keselesaan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara ketika berdepan bencana.

Dalam kejadian petang semalam, sebuah bilik di rumah panjang berkenaan musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku sekitar 3.40 petang.

Kebakaran itu turut menjejaskan dua lagi bilik, namun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: PMU perkasa kemudahan SK Kampung Petanak melalui program CSR JKM
Next: Buaya katak 15 kg terperangkap dalam bubu ikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.