Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Tanjung Upar nikmati bekalan elektrik 24 jam, impian jadi kenyataan
  • WILAYAH

Penduduk Tanjung Upar nikmati bekalan elektrik 24 jam, impian jadi kenyataan

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh,Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala menyaksikan upacara miring pada Majlis  Perasmian Kemudahan Elektrik Baharu di Rumah Vincent, Tanjung Upar Marudi hari ini.

MIRI: Penduduk di kawasan Tanjung Upar, Marudi kini menarik nafas lega apabila akhirnya dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam hasil pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu.

Tuai Rumah Vincent Kiu berkata, hari ini merupakan detik bersejarah buat penduduk setempat kerana kemudahan elektrik yang dinikmati hari ini telah lama dinantikan, sekali gus membawa sinar baharu sempena Tahun Baharu 2026.

“Selama ini penduduk hanya bergantung kepada tenaga solar untuk mendapatkan bekalan elektrik. Kini dengan adanya sambungan elektrik 24 jam, kehidupan seharian kami menjadi lebih selesa dan mudah,” katanya pada Majlis  Perasmian Kemudahan Elektrik Baharu di Rumah Vincent, Tanjung Upar Marudi, hari ini.

TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh,Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala menyaksikan upacara miring pada Majlis  Perasmian Kemudahan Elektrik Baharu di Rumah Vincent, Tanjung Upar Marudi hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala.

Vincent merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Gerawat Gala atas usaha dan komitmen beliau merealisasikan impian penduduk di empat buah rumah panjang di kawasan ini untuk menikmati kemudahan elektrik.

Empat rumah panjang yang terlibat dalam projek tersebut ialah Rumah Vincent Tanjung Upar, Rumah Mugang, Rumah Philip Anak Bayu di Kampung Sri Upar dan Rumah Jipun di Sungai Rumput, Marudi.

Beliau  turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan penduduk luar bandar dan pedalaman, khususnya dalam aspek pembangunan asas seperti bekalan elektrik.

“Dengan adanya kemudahan ini, ia bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup penduduk, malah membuka lebih banyak peluang untuk pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan pedalaman,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anjung Usahawan Sundar dibuka, penduduk digesa jaga alam sekitar
Next: Komuniti MADANI Kampung Pemindahan Marudi meriahkan Hari Keluarga dengan aktiviti boling

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.