Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk Tanjong Manis terima 7,000 pek bubur pedas
  • TEMPATAN

Penduduk Tanjong Manis terima 7,000 pek bubur pedas

Utusan Sarawak 3 years ago

SARIKEI: Sebanyak 7,000 pek bubur pedas diagihkan oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab kepada penduduk di kawasan Tanjong Manis.

Pengagihan bubur pedas tersebut bermula di Masjid Kampung Selalang, Taman Susur Jambu dan Taman Selera Baji Jaya bagi Zon Sarikei untuk kawasan Tanjong Manis, kelmarin (Ahad).

Program tersebut merupakan anjuran Pusat Khidmat Tanjong Manis dengan kerjasama dari ranting wanita parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di setiap ranting parlimen.

Semalam, beliau mengagihkan bubur pedas di Zon Bintangor iaitu di Selemas, Tanjung Bundong, Abang Amin di rumah Ketua Kampung (KK) Ali Mat dan di surau, Jalan Bidadari.

Yusuf berkata, agihan bubur pedas ini bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bersama masyarakat Islam di kawasan P206 Tanjong Manis dan bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadan.

“Lebih 7,000 pek bubur pedas akan diagihkan sepanjang program ini. Saya menjangkakan proses agihannya selesai tidak lama lagi.

“Saya juga telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM40,000 untuk membantu menjayakan penganjuran program kali ini.

“Saya berharap penganjuran program ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.

Hari ini (Selasa), beliau dijangka mengagihkan sumbangan bubur pedas di Zon Tanjung Manis dan esok di Zon Pulau Bruit.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Abang Johari berbuka puasa bersama warga 1 Divisyen
Next: Beri peluang belia berlatih jadi pemimpin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.