Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Sungai Tulai lega, jalan utama kini siap dinaik taraf
  • WILAYAH

Penduduk Sungai Tulai lega, jalan utama kini siap dinaik taraf

Utusan Sarawak 23 hours ago
SAKSI….Wong Soon Mee (dua kanan) selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyaksikan penyerahan projek siap.

BINTANGOR: Projek penurapan jalan konkrit dan baik pulih pembetung di Jalan Wong See Ngie, Sungai Tulai berjaya disiapkan segera hasil inisiatif Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii melalui peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) 2024.

Tiong Sii berkata, projek tersebut dilaksanakan bagi menambah baik prasarana asas setempat, khususnya laluan utama yang sering digunakan penduduk untuk urusan harian. 

“Keadaan jalan yang sebelum ini rosak teruk menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna, terutamanya ketika musim hujan.

“Usaha penambahbaikan ini penting dalam memperkukuh jaringan infrastruktur luar bandar yang menjadi nadi kepada kelancaran aktiviti sosioekonomi masyarakat.

“Ia adalah bukti kerajaan sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat. Kini, jalan tersebut lebih selesa dan selamat digunakan,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, projek tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh singkat sebagai bukti kecekapan pelaksanaan di bawah inisiatif PMR yang memberi impak segera kepada komuniti setempat.

“Kita tidak mahu rakyat menunggu terlalu lama untuk menikmati kemudahan asas yang lebih baik dan selesa. 

“Sebab itu projek ini disegerakan dan hasilnya kini dapat dirasai penduduk,” katanya. 

Katanya, projek tersebut bukan sahaja menyelesaikan isu kerosakan jalan dan sistem saliran, malah meningkatkan tahap keselamatan serta mengurangkan risiko kemalangan. 

“Saya akan terus memperjuangkan kepentingan rakyat di Parlimen Sarikei dan Repok dengan memastikan setiap peruntukan pembangunan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan masyarakat,” katanya lagi. 

Baru-baru ini, Tiong Sii diwakili Wong Soon Mee telah turun meninjau projek siap dan menyaksikan simbolik penyerahan projek siap tersebut. 

Turut hadir ialah Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sarikei, Regina Francis.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masjid perlu jadi pusat ummah, bukan sekadar tempat ibadah
Next: Komuniti MADANI prihatin, sumbang bakul makanan di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.